Lovely Followers.

Every Seconds Count.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, November 30, 2010

Tales During This Semester Break ! - Episode 7

SELAMAT HARI JADI AFIQ!!

 NOTA : Muhammad Afiq -__-"


 Kata kata madah tak terkata buat kau!

Happy 16th birthday budak! First sekali aku nak mitak maaf dengan kau sebab lambat wish birthday kau. Yelaa. Aku kan kakak kau. Tapi, wish kau lambat lambat pulak kan. Kau tahu, aku sengaja jee tuh. Balas dendam dengan kau sebab time birthday aku 5 Julai hari tuh (nak gak bagi tahu), kau tak wish pun. Hadiah ape tah lagi. Kedekut nak mam*** lah kau. Tiba kau punya birthday lak macam macam kau nak. Itu lahh, ini lahh. Banyak kau punya cekadak. Kau ingat aku cop duit ke hape hah? Hadiah aku pun tak bagi. Huhh! Lagi satu, kalau kau perasan ada gambar kau kan kat atas tuh? Apa? Bukan kau? HAHA. Sorry lahh tak bagi tau dekat kau yang aku nak gunakan gambar kau letak dekat blog aku nih. Eh? Apa kau kata? Kau bengang dengan aku? Kau ingat aku kisah dengan bengang kau ke??? Jangan sampai aku bocorkan rahsia kau kat sini dah laa yee. HAHAHA. Sebagai penutup segala kata kata aku nih, once again happy birthday dude! Next year jangan nak main main sangat. Study elok elok. Biar masuk U. Kalau ada rezeki, masuk lahh U aku. Kau boleh jadi junior aku. HAHA.




 Pantun 2 Kerat :
Buah nangka berbiji besi,
Tahun depan aku rasa nak buat macam nih lagi.

HAHA!

Monday, November 29, 2010

Tales During This Semester Break ! - Episode 6

Oh-oh. Lama sudah tak update blog. Huuu. Amat amat dikesali. Humm. Eh? 29 November? Wow. Haha. Tak sangka lahh. Haihh. Macam macam hal yang dah jadi, but we still be together. Wahh! Lebiu lahh mokmok :)

*tersenyum lebar*

Opss. Lebih lebih pulak Miyu. Maaf yee. Heee. Actually, Miyu update nih pun sekadar untuk berkongsi satu video yang betul betul Miyu suka sampaikan tengok berulang-ulang kali. Tak jemu kot. Best jee. Hehe. Besides, Miyu pun dapat reaksi yang +ve dari teman teman yang Miyu dah share video nih. Memang betul betul Hao Liao lahh dia orang kata!! (tak tahu lah betul ke tak eja tuh)



Nota : SALAH vs. BLADE


Haa. Dah tengok video tuh? Apa macam? Okay ke tidak? Kalau ada ketidakpuasanhati boleh jee bagi tahu Miyu dekat komen. Heee~

Wednesday, November 24, 2010

Blogger in da house : Khas buat blogger baru !



Klik Link Ini : Ben Ashaari :)

Hai hai!
Haa. Kali nih, Miyu terpaksa stop sekejap episod-episod dalam TDTSB ! .
Episod ape tuh? Pergi je lah klik yee. Jangan malas malas :)
Okay okay. Kalian kalian nampak tak pic kat atas sana tuh? Haa.
Kalau nak tahu, dia lah owner kepada link yg Miyu bagi tuh. Hehe.
Encik Ben nih minta cerita sikit pasal latar belakang blog sendiri.
So, terpaksa lah Miyu bukak cerita sikit. Sikit je, tak boleh banyak banyak.
Heeee :P

Okay lah. Blog yang Miyu cipta nih adalah blog pertama Miyu. Sebelum nih tak terdetik langsung nak buat blog sebab Miyu rasa leceh nak buat ayat ayat, karang karang & sewaktu dengannya. Lagi satu, Miyu memang tak ade masa nak layan semua benda nih. Masa yang ada memang betul betul terhad (Ecehh. Dan dan je kau yee.). Blog nih pun teramat amat lah baru lagi. Lahir pada 7 Oct 2010. Kenapa pilih hari tuh? Sebabnya, 7 merupakan nombor favourite Miyu. Tapi, ada lagi nombor lain yang Miyu suka. Entah kenapa tarikh tuh jugak yang Miyu pilih. Hee. Kalau kalian kalian perasan, blog Miyu masih kosong & hambar je. Maklumlah, Miyu tak pandai nak meng-edit blog nih. Huhu. Lagi nak cerita apa yee? Humm. Oh, ye. Terlupa pulak. Blog nih Miyu jadikan tempat untuk Miyu berkongsi bermacam-macam cerita yang menarik & kebanyakkannya adalah cerita tentang Miyu lah :) Tapi, Miyu tak anggap blog ini sebagai diari kerana pada Miyu diari sewajarnya tidak patut diceritakan pada semua orang & hanya empunya diri je yang tahu. Wahh!

Rasanya, cukup lah kot latar belakang yang Miyu beri nih. Kan kan? Hehee.
Sampai sini je dulu okay. Bye-bye!




P/S : Rasa goyah.