Assalamualaikum w.b.t.
Selamat petang pengunjung blog :)
Dah lama jugak tak ber-blogging balik lepas insiden hari tuh.
Sekarang semua sudah kembali kepada asal.
Alhamdulillah.
Kalau nak diikutkan, lagi beberapa hari je lagi usia aku akan bertambah setahun.
No. Bukan beberapa hari. Tinggal 3 hari je lagi.
Tapi, aku tak terasa nak celebrate pun birthday aku.
Entahlah. Macam ada yang kurang je.
Tak tahu lah tak kena dekat mana.
Mungkin sebab usia yang bakal jangkau angka 20 buatkan aku muak.
Muak dengan sambutan yang sama.
Bukan bermakna aku nak kan sesuatu yang besar.
Aku hanya mahu yang bermakna.
Boleh bagi aku ingat memori tanggal 5 Julai paling bersejarah dalam hidup.
Bukan juga semata mahu hadiah dari rakan taulan.
Cuma sedikit kata ucapan yang indah pun cukup.
Pada aku, asal kau ingat, kau ucap, aku dah cukup bersyukur.
Sekurang-kurangnya ada orang yang masih ingat pada aku.
Kalau ada yang tanya aku nak apa, aku nak kawan.
Kawan yang boleh buat aku senyum gelak sorang-sorang satu hari suntuk tuh :)
P/S : It will be much nicer kalau aku dapat jumpa kawan-kawan lama aku masa birthday aku. Mesti semua pun dah berubah gila-gila.