Lovely Followers.

Every Seconds Count.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, February 2, 2015

Tiga Tahun Berlalu.

Terasa sangat sekejap. Kalau dulu, aku beria sangat bila buat blog. Dapat buat account blog macam dapat harta berjuta juta! Punya seronok tak terkata. Siap suruh kawan-kawan follow blog yang tak semenggah ini (dulu lagi teruk dari ini). Bila kawan-kawan dah follow, disuruh pulak kawan-kawan promote dekat blog diorang. Macam aku artis baru yang wajar dihebahkan di dada-dada akhbar yang mana aku ni paling bernilai dalam industri tanah air (padahal nan hado). Tak lama lepas tuh, ramai mula kenal blog ini. Tapi masih suam-suam kuku. Nak pulak, aku ini bukan sesiapa. Makanya, dalam hati bertekad nak update blog selaluuuuuu. Ye, selaluuuuuuu. *sarcastic tone*


Tapi sayangnya, niat hati tak kesampaian. Dah tiga tahun aku tinggalkan blog aku macam itu je. Bila tengok balik, last post aku tahun 2012. Wow! Lama betul! Kawan-kawan blogging dulu pun entah ingat entah tidak. Dari sehodoh-hodoh blog, sampai jadi comel sikit atas bantuan kawan-kawan. Dari muka keanak-anakkan sampai bertukar jadi seseorang yang berwajah bakal isteri orang gitew.  How time flies super-duper fast huh.


Rindu nak ber-blogging balik! Rindu nak simpan memori-memori manis dalam blog! Rindunyaaaaaaaaaaaaa!


P/S: Dalam fasa muhasabah diri setelah hilang sekian lama dari blog.

CHANGE

Sekarang, aku tengok semua dah berubah.
Blog dah tak macam dulu.
Dah tak ada orang yang banyak cerita pasal diri sendiri.
Dah tak ada orang yang cerita pasal boyfriend or girlfriend.
Dah tak fancy.
Dah tak ada cursor berkelip-kelip.
Dah tak ada background dengan warna yang striking.
Dah tak ada background music.


Semua super clean and formal.
Semua buat iklan.
Meniaga itu, meniaga ini.
Semua buat medan bergosip.
Gosip artis sana, gosip artis sini.
Jarang dah orang buat blog sebagai diari.
Cerita perihal sendiri hari-hari.
Cerita pasal kucing.
Cerita pasal kawan-kawan.
Cerita pasal kereta accident
Cerita pergi melancong
Cerita pergi makan.
Dah tak ada semua tu.





*SIGH*






How I wish I can go back to the past, appreciate every single things that I have without complaining about it. But, once you are in the future, you never can go back to the past. Even you tried so hard to get back what you have before, it will never be the same. Because, past is past. Remember that Nina.


P/S: Sungguhpun sekarang kau boleh jumpa gula-gula manis yang ada asam boi seketul melekat dekat tengah gula-gula tuh, tetap ada beza dari segi saiz yang dah makin mengecut. Things keep on changing.

Monday, November 26, 2012

Unseen Part in Twilight Breaking Dawn (Part 1)

Assalamualaikum dan Salam Isnin!

Sekarang orang ramai sibuk nak tengok the new movie in cinemas.
Macam-macam cerita ada masa cuti sekolah gini.
Dan yang paling mendapat tempat sekali ialah Twilight Breaking Dawn (Part 2).
Aku dah tengok cerita nih on the first day they released it.
Semangat u'ollz. Hahahaha.

Tapi sayang, ramai tak tahu kisah sebalik yang Part 1 punya.
Aku bosan dan aku perbelek Youtube dan jumpa satu video nih.
It is from one of the famous shows which is The Ellen Show.
Nak tahu dengan lebih lanjut, u'ollz tengok sendiri.






So, how was it?
Mehehehehehehehehehe.











P/S : Ellen is the greatest TV host and I'm addicted with her shows. Love yahhhh! <3