Lovely Followers.

Every Seconds Count.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, February 2, 2015

Tiga Tahun Berlalu.

Terasa sangat sekejap. Kalau dulu, aku beria sangat bila buat blog. Dapat buat account blog macam dapat harta berjuta juta! Punya seronok tak terkata. Siap suruh kawan-kawan follow blog yang tak semenggah ini (dulu lagi teruk dari ini). Bila kawan-kawan dah follow, disuruh pulak kawan-kawan promote dekat blog diorang. Macam aku artis baru yang wajar dihebahkan di dada-dada akhbar yang mana aku ni paling bernilai dalam industri tanah air (padahal nan hado). Tak lama lepas tuh, ramai mula kenal blog ini. Tapi masih suam-suam kuku. Nak pulak, aku ini bukan sesiapa. Makanya, dalam hati bertekad nak update blog selaluuuuuu. Ye, selaluuuuuuu. *sarcastic tone*


Tapi sayangnya, niat hati tak kesampaian. Dah tiga tahun aku tinggalkan blog aku macam itu je. Bila tengok balik, last post aku tahun 2012. Wow! Lama betul! Kawan-kawan blogging dulu pun entah ingat entah tidak. Dari sehodoh-hodoh blog, sampai jadi comel sikit atas bantuan kawan-kawan. Dari muka keanak-anakkan sampai bertukar jadi seseorang yang berwajah bakal isteri orang gitew.  How time flies super-duper fast huh.


Rindu nak ber-blogging balik! Rindu nak simpan memori-memori manis dalam blog! Rindunyaaaaaaaaaaaaa!


P/S: Dalam fasa muhasabah diri setelah hilang sekian lama dari blog.

1 comment: