Lovely Followers.

Every Seconds Count.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, December 29, 2010

Shout Awards Bikin MENJERIT!!!


Hiyaaaaaaaakkk! *kononkononmenjerit*


Kalian nampak tak gambar di atas? Miyu telah diberi award okay. Jangan main main yee. Ingat tak dek orang nak bagi award kat Miyu ke?? Ececehhh. *tak sedor diri*

Okay lah. Miyu gurau gurau jek. Dah lama tak menaip kat blog tercinta nih. Jadik jakunn lah sikit. Ehemm. Actually, Miyu dah lama diberitahu yang Miyu kena tag untuk dapatkan award nih. Malangnya, Miyu tak berkesempatan nak buat untuk sementara waktu. Almaklumlah, Miyu agak sibuk dengan kerja kerja dekat rumah nih. Nak uruskan itu & ini. Haihh -__-"

Baiklah. Berbalik kepada award yang Miyu dapat tuh, ada beberapa soalan yang Miyu kena jawab. & dibawah nih adalah jawapan tulus ikhlas yang Miyu berikan.
*ayat skema nak mampuihh*


SIAPA YANG BAGI AWARD NIH??
 Yang bagi award nih kalian kalian mesti dapat cam punyer lah. Banyak kali dah die duk tag tag Miyu nih. Duk pekena aku je. Meluat tau. Nak tahu siapa? Orangnya ialah Cik SyiedaSyadaa :)
*jangan marah naa Syieda sayangg. Sat nih kena jual pulak :D*

APA KOMEN ANDA TERHADAP BLOG YANG MEMBERI AWARD :
First impression Miyu tengok blog  Cik SyiedaSyadaa kita nih semestinya colour yang ada pada blog dia tuh. Mesti nak purple purple. Biasalah, memang favourite colour dia purple. GELI-GELI gituu. Oppss! Silap. Girly-girly lah. Ecehh. Hahaha.*ampunkan saya!*

AYAT YANG SELALU ANDA TINGGALKAN DEKAT SHOUTMIX ORANG :
Macam macam ada. & Miyu akan ikut mood nak post apa. Antara contoh-contoh nyer ialah. . .

Miyu dtg sini & follow sekalik :D (Itu contoh kalau Miyu ada follow orang)
 Miyu dtg blog nih :)  (Nih pulak kalau Miyu mai blog tuh je)
 mai lagi kat sini :)  (Yang nih pulak kalau Miyu punyer nama je selalu ada dlm ShoutMix depa. Ecehh)
 
Haa. Itu baru sikit. Banyak lagi Miyu buat. Yang penting, kebanyakkan ayat yang Miyu tinggalkan mesti ada nama 'Miyu' sekali. Sebab apa? Sebab Miyu sukeeeeeee. *gedikgedik*
 
TAG KEPADA 5 BLOGGER LAIN : 
 
&&&
 
Sesiapa sahaja yang nak amik. Huuu.
*Tag secara random. Maaf!*
 
 
 
 
P/S : Hari nih hari yang aku tunggu tunggu. 
 

Monday, December 27, 2010

Lucky Blogger Contest!


Klik Link Ini : Hahazirah :)

Baru je bukak blog Miyu nih, Miyu terperasan ada someone hantar something kat shoutbox Miyu. Siap ber-link lagik tuh. Rupa-rupanya Miyu dapat tag dari Cik Amal kita nih. Mekaseh yee *senyum senyum*  :)

Kali nih contest dia lain dari yang lain. Syarat-syarat pun tak berat. Hehe. Kalau tak percaya, kalian singgah lah dekat empunya blog yang buat contest nih iaitu Cik Hahazirah.

Dengan ini, Miyu tag-kan 3 orang blogger lagi :

&&&
*dia nih wajib ada setiap contest yang Miyu masuk!*



P/S : Mood goyah lagi.

Sunday, December 26, 2010

Makian & Cacian Yang Comel!


Tajuk entri yang pelik bukan?
Pernah ke kalian dengar makian ataupun cacian yang comel dari sesiapa?
Dalam bahasa omputih-nya cute, adorable.
Pernah ke? Tak bukan?
Kalian sanggup tak nak dengar makian & cacian itu?
Tak sanggup, tutup je telinga tuh!
Yang beria-ia nak dengar tuh, get ready for it okay?
  
Ready?   

Sedia!  

GOOOO!  

*pengaruh cerita The Amusing Race -__-'*



Credit to : Youtube




P/S : Miyu tengok video tuh terasa nak. . . Ergh. Entah lah -__-'

Saturday, December 25, 2010

Soalan Tanpa Jawapan.



Kenapa aku mudah mempercayai sedangkan aku sering kali dimungkiri?
Kenapa aku begitu mudah memaafkan sedangkan aku sering kali disakiti?
Kenapa aku masih mahu didampingi sedangkan kau cuba menjauhi?




P/S : Runsing. Keliru aku bertambah celaru.

Wednesday, December 22, 2010

Candid Itu Cun Laa..!


Klik Link Ini : DILLA ADILLA :)

Haa, dalam Miyu duk jenguk jenguk blog orang ramai, Miyu ternampak lah satu contest nih. Cantik, menarik & terus tertawan di hati nak join. Heeee. Bukannya apa, sebab contest nih memang simple jee nak join. Tuh yang membuatkan hati ini membuak buak nak join. Ekeke.

Sebenarnya, Miyu nak tanya kat Cik Dilla kita nih , saya nak letak 2 gambar boleh? Sebab saya nak balas dendam kesumat kat seorang member terbaik dari ladang nih haa. Huhh! Selalu sangat dia nih pekena saya dekat sekolah. Geram hambo tau! Grrr. *sabarsabar*

Gambar pertama :


Gambar nih time Miyu graduasi dekat sekolah. Sepatutnya, gambar nih bukan lah candid. Gambar nih Miyu patut duk tersenyum lebooorr gila dengan teman Miyu kat sebelah tuh. Teman tapi mesra. Ececeh. Siap dah ready buat peace tuh tau! Alih-alih, si tukang ambik gambar nih nak mendajalkan Miyu.  Dia main main lak mengira nombor silap. Hangin sungguh! Tengok ler mulut Miyu tuh. Ternganga duk marah si polan nih. Adoi. Sabar je laa (ala ala cerita Hantu Kak Limah) -__-"

Jadi, Miyu pun geledah punya geledah nak carik gambar si polan nih pulak. & YESSSSSSS!! Miyu jumpa! Famous Amos lah kau lepas nih. HAHAHA!
*Tahap dewa punya gelak*

Gambar kedua :


Tuh dia! Haha. Kalian kalian nampak tak yang pakai baju kuning tuh? Itu lah si polan yang Miyu cakap tadi. Tengah sibuk sibuk buat projek apa tah. Lupaaaaaa -__-"
And guess what? Miyu lah yang amik gambar dia time dia duk membebel tak sudah tuh. HAHA! Hambik kau! Pekena aku lagi kan? Nih aku tayang gambar kau duk ternganga lak. Ekeke.


Dengan ini, Miyu nak tag 3 orang followers Miyu secara random.
ANDA KENA, ANDA BUAT! ....Pesanan dari penaja. Heee :)

 SyiedaSyaada
NajlaOhNajla
IzzanSalwana

 Miyu confirm depa semua nih ada banyak gambaq candid yang cun melecun. Weeee ;)



P/S : Syok sekali sekala pekena orang balik. Haha.

Tales During This Semester Break ! - Episode 12

Hellooo semua! Kiniku kembali untuk post entri baru buat kawan kawan semua. Almaklumlah, sebelum sebelum nih entri yang ada banyak pasal contest jee. Contest tuh lah, contest nih lah. Benda lain tak ada sangat. Nak buat macam mana, tangan nih gatal sangat nak join segala contest yang ada. Geram nyahh! Heeeee :) *muka gedik*

Kali nih, Miyu nak bukak cerita apa yang Miyu dah buat baru-baru nih. Ehemm. Memang baru lagi tau! Walaupun dah beberapa hari telah berlalu. Tetap baru okay! Baru hari nih jee terdetik nak menaip dekat blogku tercinta. Ecehh :D


Nak tahu apa Miyu buat? Miyu berjalan jalan dengan kekasih hati Miyu lah. Sangat best tau! Weeee :) Miyu pun ajak best friend Miyu join sekali. Atikah namanya. (nak jugak bagi tahu) Miyu dah lama plan nak keluar dengan buah hati Miyu nih. Last last kami orang pergi hari isnin lepas dekat Mid Valley. Kena plan awal awal sebab sekarang dia tengah sibuk dengan practical. Takut nanti bila plan last minute tak jadik lak. Huuu :( Kami orang plan nak pergi tengok movie sajaa. Cerita apa? Tengok kat bawah nih.


Nota :  Movie Hantu Kak Limah Balik Rumah.


Haa. Tuh dia! Miyu pergi tengok movie Hantu Kak Limah okay! Setelah sekian lama duk terperap dekat rumah jee. Heeeeee :) Memang best gila lah! Dari awal masuk panggung lagi dah gelak sakan. Hikhik. Tapikan, dalam gelak gelak tuh pun Miyu seram sejuk jugak tengok movie tuh. Sebabnya, movie Hantu Kak Limah nih lain macam sikit. Mana tak nya, banyak scene dia orang buat time malam malam. Dalam kepala otak nih dah pikir bukan bukan lah. Terbayang benda tuh, benda nih. Huuuu. (FYI, Miyu penakut sikit nak tengok movie seram even ada komedi dalam dia) Serius Miyu kata, movie nih memang terbaik. Memang pecah perut dibuatnya. Hehe. So, sesiapa yang cadang nak p tengok movie tuh, tengok lah cerita nih okay. Terbaik dari ladang punyerr!

Anyway, kami orang pun pergi lepak lepak makan kejap dekat McD. Duduk dekat situ berjam-jam kot. Sebab kami kami nih memang tak plan nak ke mana pun. Just datang Mid nak tengok movie je. Macam apa jee. HAHA. Nih pun disebabkan Miyu dengan buah hati dah berjalan jalan dekat Times Square sebelum nih. Borong macam macam. So, kali nih keluar memang tak tahu nak ke mana. Huuuu. Tapi tak pe. Miyu dapat lah sembang sembang dengan dia face to face. Romatik kot. Ecehh. Humm, okay lah. Segan pulak nak cerita panjang panjang. Nanti ada masa, Miyu post lagi entri entri buat tatapan kalian semua okay! :)


*tersipu sipu maluu*


P/S : Rasa senang bila berdamping dengan awak :)

Tuesday, December 21, 2010

Erghh! Arghh! Tolong Aku!

Tolong! Tolong! Tak bernyawa dah aku nih!

*gedik gedik*


Miyu tak tahu nak kata cam mana. Makin hari Miyu rasa makin sesak nafas. Lagi lagi kalau Miyu bukak blog Miyu nih. Mana tak nyer, huduh benoo Miyu nengok nyer. Meluat! Menyampah! Sakit hati! Erghh!

*tarik nafas panjang*


Haihh. Entah laa. Miyu jadik macam nih sejak Miyu frust menonggeng sorang sorang. Frust sangat sebab Miyu buta nak edit edit blog nih. Tak tahu nak buat macam mana dah. Tengok orang lain punyer blog cun melecun jee. Tersusun. Comel dengan gambar gambar. Yang paling penting, KEMAS jee Miyu tengok! Oh. Sungguh aku jealous. Jujur -__-"

Sekarang Miyu macam dah tak sanggup nak tengok blog. Erkk?? Tapi, tak bererti Miyu nak biarkan sajaa okay. Huuu. Miyu cuma nak mintak tolong sesiapa ajarkan Miyu nak tukar template template ape ke benda tah. Huhh! Miyu benci lah! Buta sungguh Miyu pasal semua nih! Huuu T__T




P/S : Betul betul perlukan bantuan seseorang.

Friday, December 17, 2010

Tales During This Semester Break ! - Episode 'PEACE CONTEST'

Klik Link Ini : Ezan Idma :)

Boring boring nih, Miyu jengah jengah laa blog orang jap. Tup tup, Miyu teringatkan blog si syiedasyadaa nih. Dia ada kata Miyu kena tag lagik. TAG? Aduhh. Apa pulak yang dia nak aku buat nih -__- Hahaha. Bukan apa, kemalasan dalam diri tak dapat dibendunglah. Haihh. Rupa rupanya dia ajak Miyu join contest lagi. Wahh! Bestt! Contest nih simple jek. Ambil jek mana mana picture yang ada peace. Itu jee :D

So, Miyu pun ingin mempertaruhkan picture ini :

Nota : Intan@Cousin & Miyu! :)

Oh-oh. Sebelum Miyu terlupa, contest nih ada kategori kategori dia tau. Klik kat situ kalau nak tau apa. Hmm. . . Agak agak kalian lah kan, Miyu masuk kategori apa ye? Heeeeeeee.

3 orang yang saya nak tag :

*Ampunkan saya! Saya ketandusan orang orang utk di-tag-kan.*



P/S : Cita-cita aku besar. Aku nak menang!

Tuesday, December 14, 2010

Sharing is Caring. Rite?


"Mari mari, kawan kawan semua. Mari baca entri ini bersama. Bukan mahu cari publisiti, kontroversi atau apa. Hanya ingin berkongsi sedikit cerita. Dari saya untuk semua."
Erkk? Apa tak kena dengan kau Miyu? Haha. Okay lah kawan kawan. Nak tahu sebab apa? Ini sebabnya...



Haa. Tahu tak apa tuh?? Inilah yang Miyu nak share dengan kalian kalian hari nih. Tentang sebuah laman web yang diberi nama YouthSays. Memang lain dari yang lain nih. Tak caya?? Biar Miyu introduce sikit pasal laman web nih okay.

YouthSays adalah satu platform yang mana memberi ganjaran kepada remaja dalam lingkungan 13 - 30 tahun. Bagi pakcik & makcik kalian yang masih cukup umur pun boleh lagi tau. Keahlian adalah terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja. Ganjaran yang dia orang kasi sangat sangat lah special tau. Boleh dapat duit okay!! Cooooooolll gila lah!! (Buat muka mata duitan) Heee. Kalian boleh dapat duit duit tuh melalui online surveys, online advertising & join community dalam tuh.

Kalian pernah dengar tak pasal Youth'10 Festival yang dilangsungkan pada pertengahan tahun hari tuh? Haa. Youth'10 tuh anjuran dari YouthSays.com nih laa. Kalau nak tahu, macam macam benda dia orang dah sediakan untuk festival kali nih. Ada jualan lah, konsert lah, pertandingan & sebagainya. Bagi sesiapa yang dah masuk YouthSays.com, kalian boleh dapatkan pass percuma nak masuk festival tuh. Best kan?? Heee.

Nota : Youth'10 yang dilangsungkan di PWTC.

So, bagi kalian yang belum ada account dekat YouthSays.com tuh, jom join Miyu dengan klik link dekat bawah tuh. Jangan lepaskan peluang. Mari join ramai ramai! Jumpa di YouthSays okay! :)

Klik Link Ini : YouthSays :)



P/S : Kalau ada Youth'11, nak pergi lah. Woot woot!

Friday, December 10, 2010

Edit Foto Contest : Qaseh Dalia Adelia



Woot woot! First contest yang Miyu masuk lah awokkk! Terima kasih kerana tag Miyu yee syiedasyaada ! Jasamu akan Miyu kenang sampai bila-bila. Ecehh! HAHA.

*excited melampau*

Okay lah. Contest nih pasal edit edit photo jee. Simple n mudah untuk Miyu buat. Sebab sebelum nih pun biasa gak Miyu duk edit photo. Kepala hilanglah, tangan hilanglah, orang hilang dalam photo tuh pun ada. Haa! Dahsyat ta? HAHA.

Dengan ini, Miyu nak tunjuk photo sebelum & selepas di-edit yee kawan kawan.

Sebelum edit-mengedit berlangsung :


 Selepas sesi edit dijalankan :


Eh eh? Tinggal Miyu je? Haa. Tuh lah Miyu kata tadi. Orang pun Miyu reti hilangkan tau. Jangan main-main yee kawan kawan. Haha. Dekat photo tuh Miyu just guna effect Holga-ish sahaja. Tak ada lain lain. Sebab Miyu tak handal macam kalian kalian. Huuu.

Calon-calon bagi yang terkena tag dari Miyu ialah :
Miro
Piqa
&& lain lain sekali.

(maaf. Miyu ta pandai tag tag)

Sebarang kemusykilan atau apa apa aja lah, boleh lah direct ke empunya blog sendiri yee :)
Klik Link Ini : Qaseh Dalia Adelia :) 


P/S : Nak jadi photographer boleh k?

 

Thursday, December 9, 2010

Award Dari Queen F !


Klik Link Ini : Queen F :)



Oh oh. Award pertama lah kawan kawan! Hoyeah! Thank you to Queen F! Hee :)
Before that, Queen F ada mintak something dari Miyu. So, Miyu akan turutkan apa yang Queen F mahu.
Ececehh Miyu. Jangan nak mengada sangat. Heee.


Queen F mintak dekat Miyu ceritakan 5 perkara yang patut Queen F tahu pasal Miyu.
Mak aihh! Seram sejuk pulak nak jawab. Tapi, tak pe lah. Demi Queen F, Miyu sanggup buat ape je. Cewahh!


Okay lah. Nih dia 5 benda yang patut Queen F dan kalian kalian juga patut tahu yee :
  • Nama Miyu nih hanya nickname sahaja. Miyu yang pandai pandai mereka nama nih untuk blog Miyu je. Kawan kawan luar dari blog panggil Miyu, Nina @ Nenek. Tak caya?? Haha. Nanti Miyu buat satu entri pasal nama nama yang Miyu ada yee :)
  •  Miyu nih pantang sikit kalau ada gangguan time tengah syok duk online, main game, etc. Kalau ada yang datang mengganggu, CONFIRM lah orang tuh nak carik nahas dengan Miyu. Huuu~
  • Miyu nih suka berjalan-jalan. Kaki nih memang bergerak aktif kalau bab bab cam tuh. Lagi lagi kalau dapat berjalan dengan best friends Miyu. Tengok wayang, shopping & pusing satu tempat tuh bagai nak rak. HAHA.
  • Miyu ada satu bad habit & Miyu takut gila dengan habit Miyu yang satu nih. Miyu selalu guna laptop / pc sampai melebihi waktu yang sepatutnya. Kadang-kadang berjam-jam jugak. NON-STOP! Dah lah rabun, lagi mau rosakkan mata dengan benda benda nih. Huhu.
  • Lastly, Miyu nak semua tahu yang Miyu seorang yang friendly yee kawan kawan. Miyu tak sombong seperti kalian sangkakan. Tak caya try lah tanya sesiapa yang kenal Miyu okay :)

Okay. Sekarang Miyu nak tanya soalan dekat Queen F pulak. Nak kasi soalan maut punyer. HAHA.
Tak lah. Miyu tak sekijam itu tau. Hee. Miyu just nak tahu latar belakang Queen F & blog Queen F tuh jee. Simple-kan?? :)


Pandangan Miyu pasal blog Queen F :
3 Words, cantik kemas sentiasa ;)


Kata-kata madah buat Queen F :
Hopefully Queen F boleh share something yang interesting dekat dunia blogging nih okay :)


Itu sahaja dari Miyu :)



P/S : Thanks again Queen F! Buat lah banyak banyak award lagi ae? Hee.


Tales During This Semester Break ! - Episode 11

Maaf dipinta kepada semua,
Yang datang menjengah blog Miyu,
Bukannya apa cuma nak kata,
Dah lama tak post entri baru.

Dari dulu blog keoren-orenan (bukan oreo yee),
Almaklumlah Miyu tak reti tukar baru,
Baru sekarang Miyu ada kelapangan,
Biasalah baru pulang dari kampung Miyu.


. . . ERKK?? Apahal kau nieh Miyu?? Tiba tiba je sasau berpantun-pantun. Kalau ye pun rindu, tok sah lah nak tunjuk sangat dekat sini. Geli tau. Aduhh -__-"

Okay okay. Back to the future. Eh? Back to the topic lah. Huu. Actually-kan, Miyu-kan takut-kan result-kan yang-kan nak-kan keluar-kan dah-kan nih-kan. . . ?? Pandai pandai kalian lah fahamkan ayat tuh. Huuu. Tak faham jugak apa yang Miyu kata? Aiyoo. Yelaa. Miyu takut dengan result yang bakal diketahui kurang daripada 24 jam nih. ARGHH!! (Opss! Terlebih sudah.)

Tapikan. . . Miyu dapat tahu dari classmates Miyu, dia orang kata result dah boleh check hari nih. WTF?! Biaq benoo hangpa nih?? Takkan hari nih kot?? Miyu buka lah mukabuku @ FACEBOOK tanya kawan kawan yang lain jugak. Almost semua cakap dah boleh tengok. Oh-no!! Macam mana nih?? Miyu takut gila lah. Tuh pasal Miyu naik sasau tadi. Huuu. Mana tak nya, final hari tuh buat cikai-cikai je. Macam nak tak nak. Tak ada feeling tau tak nak final. Sekarang, baru Miyu nak kalut dengan result nih. Aiyoo -__-"

Miyu pun tak tahu nak kata apa dah. Kalian kalian doakan lah yang terbaik buat Miyu yee. Kasi Miyu ada semangat sikit nak tengok result nih. Harap-harap okay je lah. Miyu pun tak nak terlalu mengharap. Nanti frust-tertonggeng pulak. Huuu.



P/S : Hopefully, semunya okay. Amin.

Friday, December 3, 2010

Tales During This Semester Break ! - Episode 10

Hari nih Miyu betul betul tak bernasib baik. Niat nak tolong emak yang tercinta kurang dari 99% (1% untuk kemalasan) turun dengan mendadak sebanyak 99% jugak. Huhuw. Nak tahu sebab apa? Bacalah butiran butiran di bawah :

Masa Kejadian : pukul 12 hingga 1 pm

Tempat Kejadian : dapur, teratak bahagia Miyu

Sebab Kejadian : tiada pengalaman -__-"

Dah tengok kan? Miyu rasa, kalian kalian pun dapat agak kenapa. Hah? Tak tahu gak? Okay. Miyu terkena minyak panas. Yang lagi menyedihkan tangan Miyu yang terkena minyak tuh sebelah kanan & betul betul dekat dengan kesan sejarah lama. Klik lah kat situ kalau nak tahu apa benda nyer. 

Miyu nak tolong mak Miyu masak ayam masak merah. Favourite Miyu tuh! Miyu tengok minyak dalam kuali dah panas. So, emak Miyu pun suruh lah masukkan bahan bahan dalam kuali dengan minyak yang panas bagaikan ape je tuh. Time nak masukkan tuh, tah macam mana Miyu tercampak dalam kuali. Alih-alih, NAHHH! Amik kau! Mujurlah tak kena teruk sangat. Sikit je. Tapi sakit dia. . . Huuuu :(

Tak apa lah Miyu. Mungkin nasib kau time cuti semester nih memang dah tersurat nak dapat 'penyakit' macam nih kot. Kau terima je laa. Haihh!




P/S : Menyasal tak dengar cakap buah hati. Pergi belajar masak tak nak. Humm.

Thursday, December 2, 2010

Tales During This Semester Break ! - Episode 9




Blog is under construction!

   

Segala kesulitan amatlah dikesali dari pihak Miyu.
Harap maklum -__-"



  


P/S :  Masih belajar macam mana nak tukar template. *sigh*
           Nantikan wajah baru blog Miyu okay :)

Wednesday, December 1, 2010

Tales During This Semester Break ! - Episode 8

Salam 1 Disember semuaaaaaa! Miyu betul betul bersemangat! Hiyarkkk! Sungguhpun, ada jee yang buat hari-hari Miyu jadi kusam suram masam. Erghh -__-

Tak apa lahh. Lupakan sajaa. Okay okay. Miyu nak share something dekat anda anda & anda. Semalam Miyu sempat bertandang ke MAHA 2010. Woot woot! Really awesome guys! Cuma cuaca agak panas lah. Oh, well. Biasa lah tuh. Macam kau tak pena duk dekat panas pulak Miyu. Dulu masuk PLKN sampai hitam legam kau lupa? *sobsob*

Actually, nothing much to say about MAHA 2010. Kalian kalian kena sendiri pergi ke sana untuk tengok, jenguk, lihat, tonton, rasa & macam macam lah. Hehe. Sumpah! Tak rugi pun pergi. Dapat rasa macam macam benda. And that is the part that I like! Balik rumah je dah kenyang. HAHA. Oh yeah! :)


NOTA : Peace yaw! Nanti aku mai lagi naa :)


Miyu ada lagi beberapa foto yang sempat di-captured-kan. Tapi, oleh kerana kemalasan & kemeluatan dengan foto yang diambil (tak cantik lah), tak jadi Miyu nak upload. Maaf yee kawan kawan.




P/S : Blog is under construction. Sebarang kesulitan, harap dimaafkan. Terima kasih :)