Lovely Followers.

Every Seconds Count.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, January 31, 2011

Kahwin?? Erkk.

Assalamualaikum  


Apasal tiba tiba Miyu letak title kahwin nih? Miyu dah kahwin ke? Eh, chopp chopp! Jangan cepat melatah yee. Miyu belum terasa lagi nak kahwin okay. Masih muda nak fikir pasal tuh semua. So, buat jejaka yang memang ada hati dengan Miyu, jangan buat muka sekupang kau orang tuh. Kau orang still ada chance lagi! (ayat berani mati. Habis lah kalau laki aku tau. Sorry sayang! -.-")


Miyu actually ada cerita sikit nak kongsi dengan kalian semua. But before that, Miyu ada something nak beritahu. I'm in KL yaw!!! Teruja gila Miyu bila dapat balik KL nih. Seminggu cuti lah kawan! Siapa lah yang tak teruja kan. Boleh lah Miyu hilangkan sesak-sesak di dada, kusut-musut di kepala yang penuh dengan segala problemo yang ada. Boleh lah kalau ada sesiapa yang teringin atau ada hati nak ajak Miyu keluar date sama ke, jalan jalan ke, window shopping ke. Miyu tak kisah. Heeeee :)


Okay lah. Baru baru nih, Miyu baru je attend satu majlis kahwin. Baru je balik dari Merbok pagi pagi buta Jumaat hari tuh dah kena pergi majls kahwin orang pulak. Haihh. Penat den. Tapi, kena pergi jugak lah. Dah mummy tercinta yang ajak. Lagipun, yang kahwin nih anak jiran Miyu yang dulu tinggal dekat Sungai Besi. Tapi sekarang dia orang dah pindah Kundang pulak (mengikut sumber di Google, Kundang terletak di Selangor yee kawan kawan). So, majlis perkahwinan anak kawan nih mummy buat dekat Kundang je & majlis tuh memang betul betul meriah! Ramai sangat orang :)


Nak dijadikan cerita, mummy pakat dengan kawan kawan satu blok nak pergi sana secara konvoi. Sebab masing-masing pun tak tahu jalan nak pergi sana. Nasib baik lah ada abah. Dia lah yang lead dekat depan. Bangga ada abah macam abah. Heeee. Dekat sini, Miyu letakkan gambar yang tak seberapa sebagai tatapan umum :)


Majlis Perkahwinan Fazlin & Sahfarin




**Seribu kemaafan dari penulis blog.**
Gambar pelamin tidak dapat ditayangkan atas alasan fotografer (MIYU) pergi makan dulu time pengantin atas pelamin

Ini mummy saya. & saya sayang dia! :)
 *Muka happy je lepas makan*
Haa. Puas dah tengok? Miyu mintak maaf sangat sangat sebab tak terdaya nakcapture gambar banyak banyak macam orang lain. Ada urusan lain lagi yang lebih penting iaitu MAKAN!!! Fuhh. Gila ah sedap wa cakap lu! Katering dari mana entah Cik Yati & Cik Halim carik untuk majlis anak dia orang nih. Terbaik lah! :)


Hah! Satu lagi, kau orang perasan tak tema dia orang colour apa? Purple or gray? Humm. Miyu pun confused. Yang Miyu perasan lah, pengantin punya baju colour gray + silver. Tapi, khemah & pelamin dia orang colour purple pulak. Aik? Kenapa boleh jadik macam tuh? Mungkin trend sekarang kot kan (Memandai je kau Miyu). Alaa, kisah apa Miyu dengan tema colour colour nih semua. Asalkan dapat makan cukup. Dijamin Miyu puas hati! HAHA :P


On the way nak balik pulak, hujan tetiba turun dengan agak lebatnya. Orang kata, hujan turun time ada majlis nih hujan rahmat namanya. Bagus lah kalau macam tuh kan. Majlis yang dirahmati oleh pemilik sepelusuk alam :)
Nota : Hujan (1)

Nota : Hujan (2)


Itu je lah moment yang ada dekat majlis perkahwinan dia orang. Buat sesiapa yang terasa nak buat majlis perkahwinan tuh, jangan lah pulak lupa dekat Miyu yee kawan kawan. Ajak ajak lah Miyu nih. Teringin nak merasa nasi minyak kau orang pulak. Kalau nak tunggu nasi minyak Miyu, alamatnya bercicit lah kau orang menunggu nyer. Sampai ke sudah tak dapat dapat. Hahahahaha ;D






P/S : Ya Allah. Aku betul betul mengharap agar jodoh yang Kau temukan buat aku berkekalan. Amin.

Friday, January 14, 2011

Selamat Ulang Tahun! :)

Assalamualaikum    



Apa khabar semua? :)
Lama dah Miyu tak update blog nih.
Baru baru nih je Miyu berkesempatan nak post something about new resolution -__-"
Biasalah kan, bila dah mula sem baru nih memang sibuk sikit.
Tak caya? Tanyalah sape sape budak U tuh.
Confirm diorang cakap benda yang sama Miyu bagi tahu nih.

Actually-kan, Miyu betul betul seronok sekarang nih.
Hati melonjak-lonjak keriangan! (hiperbola sikit)
Hahahahahahahaha.
*kau dah gelak over tuh Miyu oi! Cover sikit.*
Ehem ehem. Okay okay.
Miyu happy sangat sangat sebab Kedah cuti lebih sikit minggu nih.
Bukan setakat Jumaat & Sabtu. Tapi Ahad juga turut diberi cuti minggu nih.
Waaaaahhhhhhhhh :D

Best bukan? Weeehooo! (cuti setakat tiga hari je nak best gak. haihh. lantak aku lah!)
Best-nya bukan sebab apa. Semata dapat relax-kan sikit diri nih.
Hari hari duk busy je memanjang.
Sampaikan Miyu rasa Miyu nih dah dapat jawatan PM pulak. Ecehhh :P
Gurau je naa.

Cuti nih bukan sebarang cuti okay.
Lain sikit. (bagi Miyu lah)
Sebabnya, Ahad nih cuti Hari Keputeraan Sultan Kedah.
Kuala Lumpur (KL) mana nak ada cuti cuti keputeraan semua nih.
Sultan pun tak dak nak cuti lagu mana kan? (keluar dah loghat aku)
Tapikan, KL ada cuti Hari Wilayah. Sebagai ganti cuti Hari Keputeraan lah tuh kan?
Heeeeeeeee :D

FYI, Miyu sekarang dah ada dekat rumah sepupu Miyu, Intan :)
Miyu tinggal kejap dekat rumah dia untuk 3 hari nih.
Miyu naik bas nih bukan dengan Intan sahaja okay.
Dengan penghuni-penghuni bilik M4-01-02 sekali tau! (Syieda & Bob je pun. Haha)
Bas dijangka sampai pukul 2 p.m.
So, ada je masa, kami snap snap lah gamboo sikit.
Erkk?? Mungkin banyak kot.
Macam macam pose ada. Hahahaha.


Before sampainya kami kat Aloq Staq nih, Miyu nak cerita sikitlah pengalaman baru nak mai sini naik bas.
Bas? Humm. Perit kot naik bas. Huuuu -__-"
Bas hari tuh memang betul betul full gila lah!
Sampai berdiri separuh penumpang bas tuh.
Nasib mata Miyu nih tajam sikit bab mencari tempat duduk. Ehemm.
Tidak ler Miyu sakit sakit kaki duk atas bas tuh.
Sudahlah nak keluar dari kolej kediaman ke post guard punya lah jauuuuuuuhhhhh!
Mau lencun baju Miyu dengan peluh tau. Grrr. Saboo je lahh -__-"


Okay lah kawan-kawan.
Miyu malas nak berleter panjang panjang.
Bukannya ada siapa pun nak baca sampai habis.
Hummmmm. (aku tacing nih yee)
Dengan ini, Miyu sediakan picture khas dari kami yang nak pulang ke Aloq Staq.
Jemput-jemput tengok.
Satu gamboo je pun. Heeee :D


Nota : Miyu, Intan & Syieda!


*Maaf. As photographer, gamboo Bob tiada dalam gambar. Terima Kasih*







P/S : Maaf. Saya tiada niat apa apa pun. Kalau awak kenal saya, awak akan faham.