Apasal tiba tiba Miyu letak title kahwin nih? Miyu dah kahwin ke? Eh, chopp chopp! Jangan cepat melatah yee. Miyu belum terasa lagi nak kahwin okay. Masih muda nak fikir pasal tuh semua. So, buat jejaka yang memang ada hati dengan Miyu, jangan buat muka sekupang kau orang tuh. Kau orang still ada chance lagi! (ayat berani mati. Habis lah kalau laki aku tau. Sorry sayang! -.-")
Miyu actually ada cerita sikit nak kongsi dengan kalian semua. But before that, Miyu ada something nak beritahu. I'm in KL yaw!!! Teruja gila Miyu bila dapat balik KL nih. Seminggu cuti lah kawan! Siapa lah yang tak teruja kan. Boleh lah Miyu hilangkan sesak-sesak di dada, kusut-musut di kepala yang penuh dengan segala problemo yang ada. Boleh lah kalau ada sesiapa yang teringin atau ada hati nak ajak Miyu keluar date sama ke, jalan jalan ke, window shopping ke. Miyu tak kisah. Heeeee :)
Okay lah. Baru baru nih, Miyu baru je attend satu majlis kahwin. Baru je balik dari Merbok pagi pagi buta Jumaat hari tuh dah kena pergi majls kahwin orang pulak. Haihh. Penat den. Tapi, kena pergi jugak lah. Dah mummy tercinta yang ajak. Lagipun, yang kahwin nih anak jiran Miyu yang dulu tinggal dekat Sungai Besi. Tapi sekarang dia orang dah pindah Kundang pulak (mengikut sumber di Google, Kundang terletak di Selangor yee kawan kawan). So, majlis perkahwinan anak kawan nih mummy buat dekat Kundang je & majlis tuh memang betul betul meriah! Ramai sangat orang :)
Nak dijadikan cerita, mummy pakat dengan kawan kawan satu blok nak pergi sana secara konvoi. Sebab masing-masing pun tak tahu jalan nak pergi sana. Nasib baik lah ada abah. Dia lah yang lead dekat depan. Bangga ada abah macam abah. Heeee. Dekat sini, Miyu letakkan gambar yang tak seberapa sebagai tatapan umum :)
Majlis Perkahwinan Fazlin & Sahfarin
**Seribu kemaafan dari penulis blog.**
Gambar pelamin tidak dapat ditayangkan atas alasan fotografer (MIYU) pergi makan dulu time pengantin atas pelamin
Ini mummy saya. & saya sayang dia! :)
*Muka happy je lepas makan*
Haa. Puas dah tengok? Miyu mintak maaf sangat sangat sebab tak terdaya nakcapture gambar banyak banyak macam orang lain. Ada urusan lain lagi yang lebih penting iaitu MAKAN!!! Fuhh. Gila ah sedap wa cakap lu! Katering dari mana entah Cik Yati & Cik Halim carik untuk majlis anak dia orang nih. Terbaik lah! :)
Hah! Satu lagi, kau orang perasan tak tema dia orang colour apa? Purple or gray? Humm. Miyu pun confused. Yang Miyu perasan lah, pengantin punya baju colour gray + silver. Tapi, khemah & pelamin dia orang colour purple pulak. Aik? Kenapa boleh jadik macam tuh? Mungkin trend sekarang kot kan (Memandai je kau Miyu). Alaa, kisah apa Miyu dengan tema colour colour nih semua. Asalkan dapat makan cukup. Dijamin Miyu puas hati! HAHA :P
On the way nak balik pulak, hujan tetiba turun dengan agak lebatnya. Orang kata, hujan turun time ada majlis nih hujan rahmat namanya. Bagus lah kalau macam tuh kan. Majlis yang dirahmati oleh pemilik sepelusuk alam :)
Nota : Hujan (1)
Nota : Hujan (2)
Itu je lah moment yang ada dekat majlis perkahwinan dia orang. Buat sesiapa yang terasa nak buat majlis perkahwinan tuh, jangan lah pulak lupa dekat Miyu yee kawan kawan. Ajak ajak lah Miyu nih. Teringin nak merasa nasi minyak kau orang pulak. Kalau nak tunggu nasi minyak Miyu, alamatnya bercicit lah kau orang menunggu nyer. Sampai ke sudah tak dapat dapat. Hahahahaha ;D
P/S : Ya Allah. Aku betul betul mengharap agar jodoh yang Kau temukan buat aku berkekalan. Amin.
amin...
ReplyDeletesmoga sentiasa bahagia disamping orang tersayang. ;)
Thank you black_roses92 :)
ReplyDelete