Lovely Followers.

Every Seconds Count.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, May 26, 2012

Remaja Macam Aku.

Assalamualaikum w.b.t.


Maaf aku pinta buat semua pengunjung blog. Lama benar aku tak update something new dalam blog aku nih. Sengaja dibiarkan lama. Mungkin aku masih tak boleh terima lagi insiden hari tuh. Ah! Biarkan je lah. Let bygone be bygone bak kata orang putih. Lagipun, aku nak rest-kan diri aku dari menghadap laptop duapuluh-empat-jam-sehari-semalam. Seperti kalian tahu, aku bermata empat. Dan sekarang aku dapat rasa yang mata aku dah mencapai tahap kabur yang kritikal gara-gara menghadap laptop berpanjangan. And now, I've lessen myself from using my laptop. Tapi, laptop adik tak apa kot? Hihihi.


Berbalik kepada title dekat atas nun. Remaja. Dalam Bahasa Inggeris yang aku tahu ialah teenage. Okay. For those yang rasa diri telah terlajak umur dari kalangan remaja (ekhem), please rewind back or flash back all the memories in your past being as a teenager. Ramaja masa zaman sekolah. Dah buat? Good. Sebab apa yang aku akan katakan dari saat ini, korang pun akan sengih sensorang depan laptop. Haaaaaaa. Yang masih dalam lingkungan umur remaja tuh, mesti  adik-adik pun sedang alami. Hehehehe. Eksaited kitew nak citew taw :p





1. Kawan-berkepit-sepanjang-masa-FOREVER
            Dari dulu sampai sekarang aku ingat lagi kawan-kawan lama sekolah aku. Tak kiralah masa kindergarten ke primary ke secondary ke. Aku ingat! Serius weh! Cuma kadang-kadang aku terlupa macam:

"Eh, aku cam muka dia tapi nama apa tah?"
"Dulu orang panggil dia Kiah (nama glamor) kan?" 

            Hihihi. Tak sengaja tuh tau. Biasalah, ingatan nih mula kurang bila dah makin berumur. Ekhem. Dah kalau ada kawan (tak tahulah kot ada yang tak pernah ada kawan. Ada ke?), mesti ada antara mereka yang jadi kawan baik, kawan rapat, rakan, sahabat, kawan-sehidup-semati and so on. Macam tuh jugak lah dengan aku.

            Zaman sekolah, memang dia je dengan aku. Dia itu Atikah. Orangnya manis, mata sepet, suka gelak dan aku pun suka layan dia. Mana ada aku, ada dia jugak. Pergi sekolah, pergi kantin, pergi jamban, pergi koperasi, balik sekolah, pergi CC (dulu tak pasang internet -..-). Kiranya semua tempat kami pergi mesti bersama. Bila tak dek sorang je, mesti ada yang tanya. Including teachers. Bila kami tak jalan sama je, ada je yang cakap:

"Eh, korang gaduh ke?"
"Asal tak jalan dengan Nina/Atie?"

            Yes, until now. Tak tipu okay :) Kadang-kadang tuh, aku pun rasa rimas jugak dengan mulut-mulut orang yang cakap macam tuh. Apa kau orang ingat aku tak boleh berkawan dengan orang lain ke. Meluat tau! Tapi, ada satu insiden dulu bila mana aku rasa diri macam seorang backstabber sedangkan dia baik je dengan aku. Bersalah sangat. Okay tutup cerita T.T


2. Bikin masalah
            Haaaaa. Nih satu hal. Confirm banyak masalahnya yang jadik. Kompem weh kompem! Hahahaha. Tapi aku bukanlah tergolong sangat dalam geng-bikin-masalah. Cumanya, ada jugak berkomplot kengkadang dengan satu kelas. Lagi-lagi bila Form 5. Gila punya komplot.

            Alkisah masa dalam kelas Bahasa Inggeris yang diajar oleh Madam Satwant Kaur (see, aku ingat nama cikgu). Aku suka kelas dia. Faham jugaklah aku dengan bahasa asing nih bila dia yang ajar. But then, ada jugak yang tak suka sebab bosan and malas buat essay. Yes. Aku ponggg! Hihihi. Before kelas dia, masing-masing tanya sesama sendiri dah siap ke tak homework dia. Dan seperti sedia maklum, aku dulu Geng Budak Baik a.k.a GBB (gelaran masa dolu-dolu). Homework dia semua berehhh (kadang-kadang) sebab pun aku suka kelas dia kannn.

            Nak jadik cerita, ramai jugak yang tak buat. Kemain tau budak kelas aku. Kata 5Sc1, tapi kerja sekolah haram tak buat (termasuk aku). Yang buku latihan kosong dari awal tahun sampai habis SPM pun ada. Hahahaha. Cikgu-cikgu lain pun dah cop budak kelas kitorang paling pemalas. One of us suggests that no one will spill out that she has gave us some homework to do. Semua pun buat muka beria. Memang semangat biar pecah di perut jangan pecah di mulut sungguh! Yelah, nak mengelak punya pasal. Otak kena geliga sikit kannn.

            Bila dia masuk kelas tanya "I ada bagi homework yang dalam text book dekat u'olls tak hari tuh?", semua toleh-toleh. Pakat-pakat cakap:

Pelajar berwibawa 1 : "Mana ada homework teacher, teacher tak bagi pun."


Pelajar berwibawa 2 : "Ha'ah teacher! Kitorang tak dapat homework pun."


Pelajar berwibawa 3 : "Tuh lahh. Teacher lupa kot."

Okay. Budak no. 3 tuh memang dah melampau. Engkau yang tak siap homework, engkau kata teacher lupa pulak. Tetiba rasa bersalah sekarang sebab ikut join pakatan tuh. *innocent*


3. Cinta monyet
            Yang nih kalau tak ada, tak sah bagi sesetengah orang. Kan kannn? Tahu sangat :p Tapi, tak semua ada pengalaman cinta monyet nih. Cuma suka-suka gituw jewww. Si A suka Si B dan begitu juga situasinya di mana Si B suka Si A tapi tak pernah terluah perasaan antara diorang.Tapi tuh bukan tergolong dalam cinta monyet jugak ke? Huhu.

            Apa-apa je lah. Kalau kau tanya aku pasal nih, aku rasa biar aku je lah yang tahu. Kitew malu nak citew. Hewhewhew. Dalam malu-malu aku tuh, ada jugak lah aku nak bukak cerita sikit. Sebagai seorang perempuan yang mempunyai kelebihan melihat membaca menginterpretasi body language dan juga language yang lain, aku boleh tahu orang tuh ada hati dekat kita atau tak. Betul tak kaum hawa sekalian alam? Heeee. Lain pulak kalau lelaki. Pandang kita pun idak sedangkan kita duk pulun terhegeh-hegeh dekat dia. Cis.

            Nak dijadikan cerita, Si L nih kawan kepada kawan aku. Dia ada mintak kawan aku tanyakan pasal no telepong aku. Yang kawan aku nih pun buatlah macam yang disuruh. Dalam masa yang sama jugak, kawan aku pun duk cucuk-cucuk aku suruh kawan dulu dengan Si L nih. Si L nih baik lah, hormat perempuan, pandai jaga hati, caring bla bla bla. Kemain tau! Tapi, hakikat yang kau orang tak tahu Si L nih gangster besar sekolah time tuh. Gangster weh! Aku nak berkawan pun rasa awkward. Entah apa yang dia nampak dekat aku yang comot-mot nih sampai suruh kawan aku mintak no telepong bagai. Huuuuu. Kalau ye nak no telepong, be gentleman. Datang mintak sendiri. Aku tak kisah. Sebab aku lagi suka lelaki gentleman macam gituw taw u'olls. Tapi kalau ada yang nak mintak sekarang dah terlambat lahhhh. Hahaha.






Aku bagi yang aku rasa TOP 3 dalam list zaman remaja aku dulu. Kalau nak diikutkan memang nak list-kan semua yang pernah jadi sebahagian daripada kenangan masa sekolah aku dulu. Memang banyak sangat. Aku pun percaya bahawa setiap orang ada kenangan yang berbeza-beza yang boleh buat kita gelak-gelak sensorang bila teringat balik. Sweet kannnnn. Hihihi.













P/S : Sekarang nih dunia makin canggih. Budak sekolah sekarang dah ada sebijik telepong seorang. Dah tuh pakai smartphone. Tak boleh blah. Untunglah korang yang ada telepong canggih cenggitu. Boleh pakai rakam je moment yang best. Bila rindu-rindu, boleh tengok balik. Zaman aku pakai 3310 jeeeeeee -..-


2 comments:

  1. huhu. zaman sekolah adelah zaman paling best kan. ;)

    ReplyDelete
  2. Yeppppp! Memang banyak memori dekat sekolah. Hihihi :D

    ReplyDelete