Lovely Followers.

Every Seconds Count.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, October 29, 2010

Bicara Sang Gadis Buat Si Pujangga

Sering kau mengganggu ketenteramanku
Sehinggakan sudah tidak ada ruang untukku melarikan diri lagi.


Aku dijadikan bahan gurau senda olehmu
Aku dijadikan mangsa untuk kau menghiburkan hatimu
Dan aku juga dijadikan bahan uji kaji bagi melampiaskan segala kenakalanmu
Hinggakan aku letih melayan karenahmu
Namun, kau masih dengan kenakalanmu yang tidak pernah jemu mengusikku


Sungguh, tidak dapat aku membohongi diriku lagi
Betapa kehadiranmu amat bermakna dalam kehidupanku
Tanpa aku sedari, aku sudah terbiasa dengan keberadaan dirimu


Bila kau tiada walau seketika, alamku terasa sepi
Kesunyian sering kali membaluti sekeping hati ini
Wahai pujanggaku, adakah perasaan ini adalah cinta?


Kini, aku merasakn ada suatu benteng yang menghalang
Benteng yang membuatkan aku berasa terasing darimu
Ohh... Betapa aku benar-benar mahu kau seperti dahulu
Pujanggaku, kembalilah seperti suatu masa dahulu
Kerana gadis ini amat merinduimu.


. Miyu .

Sungguh kita sering kali tak sehaluan, namun aku tetap sayang kau.
Sayang, I love you.

No comments:

Post a Comment