Lovely Followers.

Every Seconds Count.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, November 30, 2010

Tales During This Semester Break ! - Episode 7

SELAMAT HARI JADI AFIQ!!

 NOTA : Muhammad Afiq -__-"


 Kata kata madah tak terkata buat kau!

Happy 16th birthday budak! First sekali aku nak mitak maaf dengan kau sebab lambat wish birthday kau. Yelaa. Aku kan kakak kau. Tapi, wish kau lambat lambat pulak kan. Kau tahu, aku sengaja jee tuh. Balas dendam dengan kau sebab time birthday aku 5 Julai hari tuh (nak gak bagi tahu), kau tak wish pun. Hadiah ape tah lagi. Kedekut nak mam*** lah kau. Tiba kau punya birthday lak macam macam kau nak. Itu lahh, ini lahh. Banyak kau punya cekadak. Kau ingat aku cop duit ke hape hah? Hadiah aku pun tak bagi. Huhh! Lagi satu, kalau kau perasan ada gambar kau kan kat atas tuh? Apa? Bukan kau? HAHA. Sorry lahh tak bagi tau dekat kau yang aku nak gunakan gambar kau letak dekat blog aku nih. Eh? Apa kau kata? Kau bengang dengan aku? Kau ingat aku kisah dengan bengang kau ke??? Jangan sampai aku bocorkan rahsia kau kat sini dah laa yee. HAHAHA. Sebagai penutup segala kata kata aku nih, once again happy birthday dude! Next year jangan nak main main sangat. Study elok elok. Biar masuk U. Kalau ada rezeki, masuk lahh U aku. Kau boleh jadi junior aku. HAHA.




 Pantun 2 Kerat :
Buah nangka berbiji besi,
Tahun depan aku rasa nak buat macam nih lagi.

HAHA!

Monday, November 29, 2010

Tales During This Semester Break ! - Episode 6

Oh-oh. Lama sudah tak update blog. Huuu. Amat amat dikesali. Humm. Eh? 29 November? Wow. Haha. Tak sangka lahh. Haihh. Macam macam hal yang dah jadi, but we still be together. Wahh! Lebiu lahh mokmok :)

*tersenyum lebar*

Opss. Lebih lebih pulak Miyu. Maaf yee. Heee. Actually, Miyu update nih pun sekadar untuk berkongsi satu video yang betul betul Miyu suka sampaikan tengok berulang-ulang kali. Tak jemu kot. Best jee. Hehe. Besides, Miyu pun dapat reaksi yang +ve dari teman teman yang Miyu dah share video nih. Memang betul betul Hao Liao lahh dia orang kata!! (tak tahu lah betul ke tak eja tuh)



Nota : SALAH vs. BLADE


Haa. Dah tengok video tuh? Apa macam? Okay ke tidak? Kalau ada ketidakpuasanhati boleh jee bagi tahu Miyu dekat komen. Heee~

Wednesday, November 24, 2010

Blogger in da house : Khas buat blogger baru !



Klik Link Ini : Ben Ashaari :)

Hai hai!
Haa. Kali nih, Miyu terpaksa stop sekejap episod-episod dalam TDTSB ! .
Episod ape tuh? Pergi je lah klik yee. Jangan malas malas :)
Okay okay. Kalian kalian nampak tak pic kat atas sana tuh? Haa.
Kalau nak tahu, dia lah owner kepada link yg Miyu bagi tuh. Hehe.
Encik Ben nih minta cerita sikit pasal latar belakang blog sendiri.
So, terpaksa lah Miyu bukak cerita sikit. Sikit je, tak boleh banyak banyak.
Heeee :P

Okay lah. Blog yang Miyu cipta nih adalah blog pertama Miyu. Sebelum nih tak terdetik langsung nak buat blog sebab Miyu rasa leceh nak buat ayat ayat, karang karang & sewaktu dengannya. Lagi satu, Miyu memang tak ade masa nak layan semua benda nih. Masa yang ada memang betul betul terhad (Ecehh. Dan dan je kau yee.). Blog nih pun teramat amat lah baru lagi. Lahir pada 7 Oct 2010. Kenapa pilih hari tuh? Sebabnya, 7 merupakan nombor favourite Miyu. Tapi, ada lagi nombor lain yang Miyu suka. Entah kenapa tarikh tuh jugak yang Miyu pilih. Hee. Kalau kalian kalian perasan, blog Miyu masih kosong & hambar je. Maklumlah, Miyu tak pandai nak meng-edit blog nih. Huhu. Lagi nak cerita apa yee? Humm. Oh, ye. Terlupa pulak. Blog nih Miyu jadikan tempat untuk Miyu berkongsi bermacam-macam cerita yang menarik & kebanyakkannya adalah cerita tentang Miyu lah :) Tapi, Miyu tak anggap blog ini sebagai diari kerana pada Miyu diari sewajarnya tidak patut diceritakan pada semua orang & hanya empunya diri je yang tahu. Wahh!

Rasanya, cukup lah kot latar belakang yang Miyu beri nih. Kan kan? Hehee.
Sampai sini je dulu okay. Bye-bye!




P/S : Rasa goyah.

Tuesday, November 23, 2010

Tales During This Semester Break ! - Episode 5


SAD.
No other suitable words to tell how I feel right now.


 P/S : I lost in myself. Still searching the real me.

Monday, November 22, 2010

Tales During This Semester Break ! - Episode 4

Okay.
Hanya ingin meng-update blog yang dah berkulat nih.
Bukan apa, Miyu memang nak update dari kelmarin (20 Nov - Saturday).
Macam-macam cerita nak buat.
Malangnya, ada hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Terpaksa lah Miyu postpone untuk satu masa yang terdekat ini.
Sabar yee kawan-kawan. HA-HA.

So, kali nih Miyu sekadar nak share sikit pasal Shout! Awards 2010 yang berlangsung dengan 'gemilang' dan boleh tahan meriah juga (walaupun Miyu tak dapat tengok secara LIVE). Miyu sekadar dapat menonton acara tersebut di 8TV sahaja. Erghh -__-

*sigh*

Tidak mengapa. Mungkin bukan rezeki. Berbalik kepada topik asal kita. Pada malam tuh, ramai artis yang hadir memang superb ah! Mereka semua fabulous habis! Pandai sungguh mereka bergaya. Phewitt! Two thumbs up for them. Hee :)

Okay-okay. Lupakan dahulu pasal ke-gorgeous-an mereka itu. Actually, ada something yang tak kena dengan event itu pada apa yang Miyu nampak dekat kaca tv rumah Miyu nih lah. Tak tahu lah kau orang macam mana pulak kan. Oh, well. Biasa lah. Setiap event memang tak lepas dari melakukan beberapa mistakes yang kadang-kala begitu ketara. Err. Bukan begitu ketara, tetapi memang gila ba-alif-ba-ya punyer ketara! (ampun maaf dipinta kerana malam tuh saya memang tak puas hati) -__-

Kepada mereka yang menonton melalui siaran tv juga sudah tentu perasan juga kan kan? Di sini, saya sediakan 2 perkara yang menyerabutkan saya ketika sedang syok menonton selama 2 tahun berturut-turut. (Ayat nak skema jee. Ngengg!)

  1. KE-TIDAK-CLEAR-AN BUNYI.
Selaku penonton dirumah, sudah tentu lah kami inginkan kejelasan bunyi-bunyian. Ini tidak. Bermula dari pembukaan event tuh, masalah mikrofon rosak jelas diperlihatkan. Apa semua nih?? Tak ada preparation ke?? Mood Miyu nak tengok malam tuh pun sedikit terganggu. Haihh. Bikin spoil lah kau orang. Dah tuh, mikrofon si Hensem (Henry) yang aku sayang pulak yang rosak. Aduh!

     2. HURU-HARA ATAS PENTAS.

Huru-hara? Yes! Memang huru-hara gila. Majlis yang agak kelam-kabut. Miyu hairan lah. Kenapa kebanyakkan penyampai anugerah pada malam itu macam tak tahu apa-apa?? Adakah mereka-mereka itu penyampai 'celup sahaja'?? Maafkan Miyu dengan kata-kata sedemikian. Semua ini berdasarkan apa yang Miyu nampak pada malam itu. & paling menyedihkan benda nih dah berulang buat kali kedua. Lepas je mereka menyampaikan award kepada pemenang, mereka seperti hilang arah nak ke mana. KETARA SANGAT KOT. Dia orang macam tak dapat apa-apa briefing pun nak ke mana selepas itu. Ada yang tertanya-tanya nak ke mana & terjadi betul-betul di atas pentas dalam majlis yang dilangsungkan secara LIVE itu. Agak memalukan.


Humm. Miyu bukan suka-suka nak cerita pasal nih. Dah benda betul. Kan kan? Err. Tak apa lah. Selain dari benda-benda yang Miyu sebutkan tuh, Miyu rasa keseluruhannya agak baik. Dengan persembahan-persembahan yang hebat dari para artis seperti Yuna, Najwa, Hujan, Atilia, Monoloque & lain-lain. Memang super duper cool! Tak lupa juga persembahan khas dari Iyaz yang sememangnya ditunggu-tunggu pada akhir majlis. Terbaik! :)


 IYAZ :)


P/S : Jangan saman saya okay.

Saturday, November 20, 2010

Tales During This Semester Break ! - Episode 3

Sedang Miyu tengah blog-walking, Miyu terperasan dengan satu blog nih. Oh. Fynn Jamal. Lama Miyu tak jengah blog dia. Mesti banyak post baru dia buat.

Dan sekali lagi, Miyu terperasan sesuatu yang betul betul buat Miyu tertarik. It's about RANAP. Miyu sendiri tak tahu apa apa pun pasal nih. Rupa-rupanya sebuah buku hasil Fynn Jamal sendiri. Baru dikeluarkan. Ramai yang bagi komen positif. Miyu tertarik jugak. Kagum dengan Fynn Jamal.


Teringin nak baca isi kandungannya :)



P/S : I wish I can get it for free. Sayang, can you buy it for me? :)

Monday, November 15, 2010

Tales During This Semester Break ! - Episode 2

Date : 13 November 2010
Time : Around 10 - 11 am ( I can't really remember. But, it happened in the morning. )
Place : Pasar Tani @ Pokok Sena, Kedah.



I can't erase that moment out of my mind. I'm fucking serious man! I will not forget that memories in my whole life! Arghh! FYI, I have been stung on my right hand by a big-stupid-lost-dummy-bee! And yes! It really really hurt. Sumpah Miyu kata sakit yang Miyu dapat dari terkena sengat dengan lebah budush itu memang perit gila! Menitik air mata Miyu on the spot in a crowd of people. Malu kot. Tapi, pedulik apa Miyu. Memang sakit sangat sangat. Tak dapat nak tahan dah. Huuu :'(

Sekarang nih pun, sakit tak hilang lagi. Bengkak dekat tangan masih lagi ada. Semua gara gara kau BEE! Miyu nak cuti dengan aman pun tak senang tau. Bee jahat! Dah lah kau huduh gila Bee! Tak percaya? Kau tengok lah muka kau sendiri Bee dekat bawah nih.


NOTA : Ini salah seorang dari keturunan kau Bee.
Huduh kan kan? Erghh.

Miyu tahu. Ada jugak dalam keturunan Bee yang dah famous, glamor, comey lotey & blablabla. Jadi artis, jadi kegilaan ramai. Terutamanya kanak-kanak tak cukup umur. Contoh keturunan Bee yang dah jadik artis macam sepupu belah mak kau punya nenek tiri punya angkat kan Bee?


Nih lah filem dia kan Bee?
Tajuk : BEE MOVIE

 
Haa! Nih lah makhluk yang famous tuh kan Bee?
Kau je tak famous. Nyusahkan aku je -__-
Nama : Tak dapat dikenal pasti

Huhh! Tak pasal pasal Miyu buka cerita pasal keturunan si Bee. Adoi! Nih semua kau punya pasal tau tak?! GGRRRR!!




P/S : Ada sesiapa yang nak datang melawat saya? Jangan lupa bawa buah tangan okay :)

Sunday, November 14, 2010

Tales During This Semester Break ! - Episode 1

Hooyyeaahh!
The semester break has begin.
And I really really excited!




*melompat kegirangan macam kena sawan. opss!*




Okay. Pendekkan cerita. Miyu start cuti since jumaat lepas (12 Nov) sehari selepas tamatnya paper final yang S*CK gila! Eh, jap jap. Paper ape ae? Oh, yeah. Paper MGT 162. Haihh -__-' Tak ape lahh. Lupekan sajaa kisah lama. Tak perlu kau kenang kenang yee Miyu.


On that day, Miyu paksa seorang makhluk Allah nih pergi dining Masria (macam kafeteria - kat kolej aku). Sebab dia dah janji dengan Miyu nak bagi game Counter Strike. Woi! Lame dah kot Miyu duk kempunan nak main game tuh. Huhuw. Nak tau siapakah yang Miyu katakan tuh??? Ha-ha. Sajaa mau buat saspens. Kawan Miyu lahh. Si Bad! 
***Confirm ade yang bace nih dapat agak dia lahh orangnya. Ha-ha.



 Nota : Game ini lah yang Miyu mahukan! HAHA!




Sebelum tuh, siap lahh kemas kemas barang sikit sebab parents nak datang amik Miyu dalam pukul 11 or 12 nanti. Buang segala sesawang yang Miyu ngan roommates tercinta kumpul kumpul dari awal sem hari tuh, kemas tuh, kemas nih, blablabla. Bad janji pukul 10 nak pegi dining. Then, aku text lahh dia.



Miyu : Bad. Jadik tak nak bagi game?

Bad : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 




Nak tau pasal ape Miyu buat banyak itu titik titik? Sebabnya, mamat seorang nih tak bangun tidur lagi time Miyu text dia. Adoi! Lame kot tunggu dia reply text Miyu. Hishh. Tak lama kemudian, baru dia reply dia kata baru bangun. Dia tanya lahh sempat ke nak amik game. Miyu dalam hati memang nak jugak game tuh walau macam mana sekalipun! Jadi, Miyu surh dia cepat cepat pergi mandi siap siap.

Semantara tunggu mamat tuh, Miyu pun pergi pejabat Kolej Kediaman Masria jap. Hantar borang clearance bilik. Settle buat benda tuh, dapat text dari Bad. Dia kata dia dah sampai dining. So, Miyu pun pergi lahh dengan membawa beg sandang yang mengandungi lappy Miyu & few other things lagi. Ehem ehem. Hanya aku je yang tahu. HAHA!


Berjalan jalan ke dining dengan penuh happy (lain macam je kau Miyu). Tak sabar nak amik game. Weehooo! Sampai je dekat pintu dining, Miyu usha lahh kat dalam. Tengok tengok kelibat si Bad nih. And guess what?! DIA TAK ADA!! Budush shungguhh! Arghh! Kau tipu aku yee Bad?? Humm. Tak apa. Miyu pun duduk lah kat meja makan dekat situ sambil tekan tekan punat phone Miyu nak text si Bad ngokngek seorang nih. Adoi. Kau buat aku sakit jiwa lah bad. Haihh -__-




Miyu : Tipuuuuu! Kte kat dining. Tak ade pun!!
Bad : Laa. Bad kat kerusi luar dining nih.




Ha?? Erghh. Kau nih Bad. Cakap lah awal awal kau duduk kat luar tuh. Ingatkan kau tak datang langsung. Nasib baik. Dapat jugak Miyu game tuh. Haha. Then, kami pun carik lah port terbaik nak duduk. Miyu punya lah pusing satu dining tuh. Tup tup, mamat nih dah duduk dulu. Sedap sedap kau je kan? Grr. At that moment, I just realized that there were only seniors from Part 3 (if I'm not mistaken). Ramai kot dia orang.


Ah. Tak apa lah. Asalkan Miyu punya misi untuk dapatkan game tuh accomplish, sudah lah. Kan kan? Miyu bukannya buat benda bukan bukan pun. Huhuw. Miyu pun bagi je lah lappy Miyu kat dia. Miyu nak install sendiri tak reti. Oh, well. Miyu nih kan terlalu 'celik IT'. Dalam dia tengah install Counter Strike tuh, kita orang sempat lah bual bual kosong jap. Dia pun sempat tanya pasal 'boneka'. Siapa boneka? Itu adalah rahsia. Nak tahu, kena tanya empunya badan sendiri okay? :)

Nasiib baik lah nak install sekejap je. Tak makan masa yang lama. Sebab Miyu risau jugak kalau kalau parents Miyu dah sampai. Yelaa. Dah nak dekat pukul 12pm pun tak sampai lagi UiTM. So, Miyu pun call lah abah (miscall je actually). Haha. Tanya abah bila nak sampai. Abah kata kejap je lagi. Dia orang pun dah sampai dekat tol Sungai Petani. Yeahh! Betul betul teruja nak balik. Wink wink!


Eh! Choop choop! Bad ke mana?? Haa. Bad ada lagi dengan Miyu time tuh. Miyu kasi belanje dia teh ais special edition made by Anee. Almaklum lah, teh ais Anee dekat dining Masria paling ngetop dalam UiTM nih. Haha. Sambil sambil duk sembang, baik pekena teh ais si Anee nih. Baru terasa feel duk lepak kat kedai makan. Wahh! Miyu dengan Bad pun bersembang macam macam benda. Kalau tak ada orang dalam dining tuh, mesti dengar punya hilai tawa kita orang. Ada je benda nak disembangkan. Haha. Then, cepat-cepat balik bilik.


Sampai je bilik, Miyu kemas kemas lagi sikit. Tengok barang barang yang mana Miyu kena bawa balik. Takut ada yang tercicir pulak nanti. Dapat call dari abah. Dia kata dah sampai dekat kolej Masria. Baru je nak angkat barang bawa keluar, mak dah ada dekat daun pintu bilik Miyu dengan Tok. lepas tuh, Maksu pun masuk jugak dalam bilik. Apa lagi, Miyu pun amik kesempatan lah suruh mereka tolong Miyu angkat barang. Baik kan Miyu? Heeee~






~The End~





P/S : Saya terlalu rindukan awak :)

Friday, November 12, 2010

It's Coming! - Shout! Awards 2010

YES! YES! AT LAST!
INILAH YANG AKU TUNGGU TUNGGU!




*muka over-excited*





Ha-ha. Okay okay. Jangan tunjuk sangat kau punya excited Miyu. Bikin malu jee -.-"
Actually, post Miyu kali nieh just nak bagi tahu pasal Shout! Awards 2010. Everything okay. woot woot!


Tapi, malangnya Miyu malas nak letak macam macam info sangat dekat sini sebab busy dengan Final. Oh, well. The next day after tomorrow (lusa lahh) is the last paper bebeh! Ouch! HAHA. Ishh! Enough Miyu! Kau study pun tak. Dushh dushh! Adehh -.-"





SHOUT! AWARDS 2010 :')

Venue : Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Date : 20th November 2010
Time : 8.30 PM ( Live On 8TV )



Tak cukup lagi info yang Miyu bagi?
Okay, just klik sini Shout! Awards 2010 yee kawan kawan? :)
Dekat sana, kau orang boleh dapatkan info bagaimana untuk mendapatkan tiket ke Shout! Awards 2010, mengundi para peserta yang dipertandingkan & melihat roadshow yang dianjurkan.
Cukup lah untuk Shout! Awards 2010 yee.

Daaaaa~








Tuesday, November 9, 2010

Kehilangan 2.

SUMPAH!
Miyu tak sanggup nak tempuh lagi satu kehilangan sungguhpun Miyu baru kenal Dia, seorang teman baru~

Tuesday, November 2, 2010

Happy Birthday !



Special wishes to my only :


 adopted brother (huhh?), Muhammad Asyiq :)
( 31 October 199*)


 Adek oh adek. Really really miss you budak. Hee. Akak minx maaf sangat2 kat adek sebab terlambat wish birthday adek sehari. Padahal sebelum tuh akak ada tanya kat adek pasal birthday before that kan kan? (nak jugak ;p). Anyway, happy birthday to you my dearest adek. Welcome to the 18th CLUB! Selamat menjalani kehidupan baru sebagai warga tua yee! Lebiu budak busukk! :D 

 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Lovely mum, Puan Normah :)
(1 November 196*)


Emak oh emak. Hee. Selamat hari jadi mak! Kakak minx maaf jugak kat mak sebab tak dapat nak celebrate birthday mak tahun nieh sama-sama. Huu :( Selalu tiap tiap tahun kita mesti keluar makan satu family kan kan? Pas tuh, abah yang belanja kan kan? Hee. Tapi, tahun nieh kakak tak dek. **sob sob. Huu. Tak pe laa. Kakak just nak bagi tau, 
I LOVE YOU SO MUCH MAK & MISS YOU TOO ;)







Gambar emak tak dapat dipaparkan di sini. Nanti ade yang berkenan. Marah pulak abah. ^_^
& for you, I just wanna say i miss you so badly :)

Monday, November 1, 2010

Senyum :)

SENYUM : MALIQUE ft NAJWA


Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus


Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse


Senyum :)





One of the easiest way to bright up others day is with a smile :)