Okay.
Hanya ingin meng-update blog yang dah berkulat nih.
Bukan apa, Miyu memang nak update dari kelmarin (20 Nov - Saturday).
Macam-macam cerita nak buat.
Malangnya, ada hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Terpaksa lah Miyu postpone untuk satu masa yang terdekat ini.
Sabar yee kawan-kawan. HA-HA.
So, kali nih Miyu sekadar nak share sikit pasal Shout! Awards 2010 yang berlangsung dengan 'gemilang' dan boleh tahan meriah juga (walaupun Miyu tak dapat tengok secara LIVE). Miyu sekadar dapat menonton acara tersebut di 8TV sahaja. Erghh -__-
*sigh*
Tidak mengapa. Mungkin bukan rezeki. Berbalik kepada topik asal kita. Pada malam tuh, ramai artis yang hadir memang superb ah! Mereka semua fabulous habis! Pandai sungguh mereka bergaya. Phewitt! Two thumbs up for them. Hee :)
Okay-okay. Lupakan dahulu pasal ke-gorgeous-an mereka itu. Actually, ada something yang tak kena dengan event itu pada apa yang Miyu nampak dekat kaca tv rumah Miyu nih lah. Tak tahu lah kau orang macam mana pulak kan. Oh, well. Biasa lah. Setiap event memang tak lepas dari melakukan beberapa mistakes yang kadang-kala begitu ketara. Err. Bukan begitu ketara, tetapi memang gila ba-alif-ba-ya punyer ketara! (ampun maaf dipinta kerana malam tuh saya memang tak puas hati) -__-
Kepada mereka yang menonton melalui siaran tv juga sudah tentu perasan juga kan kan? Di sini, saya sediakan 2 perkara yang menyerabutkan saya ketika sedang syok menonton selama 2 tahun berturut-turut. (Ayat nak skema jee. Ngengg!)
- KE-TIDAK-CLEAR-AN BUNYI.
2. HURU-HARA ATAS PENTAS.
Huru-hara? Yes! Memang huru-hara gila. Majlis yang agak kelam-kabut. Miyu hairan lah. Kenapa kebanyakkan penyampai anugerah pada malam itu macam tak tahu apa-apa?? Adakah mereka-mereka itu penyampai 'celup sahaja'?? Maafkan Miyu dengan kata-kata sedemikian. Semua ini berdasarkan apa yang Miyu nampak pada malam itu. & paling menyedihkan benda nih dah berulang buat kali kedua. Lepas je mereka menyampaikan award kepada pemenang, mereka seperti hilang arah nak ke mana. KETARA SANGAT KOT. Dia orang macam tak dapat apa-apa briefing pun nak ke mana selepas itu. Ada yang tertanya-tanya nak ke mana & terjadi betul-betul di atas pentas dalam majlis yang dilangsungkan secara LIVE itu. Agak memalukan.
Humm. Miyu bukan suka-suka nak cerita pasal nih. Dah benda betul. Kan kan? Err. Tak apa lah. Selain dari benda-benda yang Miyu sebutkan tuh, Miyu rasa keseluruhannya agak baik. Dengan persembahan-persembahan yang hebat dari para artis seperti Yuna, Najwa, Hujan, Atilia, Monoloque & lain-lain. Memang super duper cool! Tak lupa juga persembahan khas dari Iyaz yang sememangnya ditunggu-tunggu pada akhir majlis. Terbaik! :)
IYAZ :)
No comments:
Post a Comment