Lovely Followers.

Every Seconds Count.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, November 26, 2012

Unseen Part in Twilight Breaking Dawn (Part 1)

Assalamualaikum dan Salam Isnin!

Sekarang orang ramai sibuk nak tengok the new movie in cinemas.
Macam-macam cerita ada masa cuti sekolah gini.
Dan yang paling mendapat tempat sekali ialah Twilight Breaking Dawn (Part 2).
Aku dah tengok cerita nih on the first day they released it.
Semangat u'ollz. Hahahaha.

Tapi sayang, ramai tak tahu kisah sebalik yang Part 1 punya.
Aku bosan dan aku perbelek Youtube dan jumpa satu video nih.
It is from one of the famous shows which is The Ellen Show.
Nak tahu dengan lebih lanjut, u'ollz tengok sendiri.






So, how was it?
Mehehehehehehehehehe.











P/S : Ellen is the greatest TV host and I'm addicted with her shows. Love yahhhh! <3

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday #16

Assalamualaikum :)

Sebagai tanda yang aku dah kembali ber-blogging, aku nak tempek sikit gambar comey nih.
Suka ke tak suka aku tak pedulik.
Janji aku puaih hati.
Mehehehehehehehehehehe.


*gelak paling annoying ever -______-*





HAI SEMUAAAAAAAA!
^_______^








P/S : Kalau nak comment, sila comment post dan bukan comment gambar. Aku bagi warning nih!

It begins here.

Assalamualaikum Boys and Girls.


It has been about 3 months I didn't update anything here. Lama sangat. I know. Tapi kekangan masa buat aku malas nak update apa-apa. Sampai sekarang baru aku terasa nak ber-blogging balik.

Dalam masa 3 bulan jugak, I've experienced many things. I was thinking to rewind back all the experiences and update them here. So that you guys know how hectic "MY 3 MONTHS LIFE". Memang penat.

Alhamdulillah. Semester 5 dah tamat. Result dah dapat dan memuaskan jugak. Tapi ada jugak terselit rasa kecewa because I know I can get better result. Nak buat macam mana kan kalau dah rezeki. So, terima je laa. Next semester nak tak nak memang tak tidur malam nak naikkan CGPA yang dah drop sikit dari target gara-gara semester 4 punya fasal. Hmm.

Semester 6 pulak nak menampakkan diri. Dalam masa tak sampai 2 minggu aku dah kena siap-siap barang nak balik Merbok. Hmm. Tak ada rasa hati lagi nak balik sana. Malas. Bosan. Fed up. Nak pulak semester depan  dengan 6 subjek dan aku pun dah kira-kira banyak benda nak kena prepare semester depan. Another hectic-to-be.

Cuti nih macam tak cuti. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk semester baru. Haihh laa nasib badan jadi seorang student. Tapi beruntung lagi aku jadi seorang student dari jadi orang yg kerja buruh ke, penganggur ke. Tak ke haru?? Emak dengan abah pun selalu pesan,"bersyukur dengan apa kita ada, biarlah orang lain nak buat apa asal kita reti jaga hal kita sudah". Hmm. Memang betul pun.

Sementara ada saki-baki cuti nih, aku ingat nak pulun update blog. Mih mih mih. Boleh gitu? :p







P/S : Kirimkan doa buat mereka di Gaza. They need our prayer to stay survive. In syaa Allah. Amin.

Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday #15

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ini, saya hanya berbuka ini sahaja untuk puasa ke-5.
Memang kaw kaw rasa dia.
Boleh try carik dekat bazar ramadhan berdekatan Village Mall, Sg. Petani.
Okay? :)



*gambar hiasan*

Wordless Wednesday #14









Dah kenapa aku boleh mimpi si Noh Hujan nih?
Gatal nak kahwin sangat ke aku nih?
T________T


Tuesday, July 10, 2012

Hard To Tell.

Assalamualaikum w.b.t.


Short entry for today.
Really don't have time to update new things.
Rarely online my blog. Yes. My blog.

Pheww.
Everything turns upside down.
Quizzes are around the corner.
Trip to Perak keep on postponing.
Classes so chaos.
Lecturers keep torturing us.
Start to know some friends better.
Heard rumors about a friend getting married ASAP.
Become the crying shoulder to one of my friends.
Not finish doing my notes yet.
Bla bla bla.

Damn.
I really need more than 24/7!








P/S : I wish I have a power where I can make everything going smoothly. Hope so. Oh! And one more thing, I have MUET paper on 28th July. Pffffttttt.


Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday #13

Assalamualaikum w.b.t.


Dalam masa kurang dari satu jam...
Usia aku akan menjangkau ke angka ini...




Semoga perjalanan hidup aku akan lebih diberkati dan dirahmati.
Semoga juga kehidupan aku akan lebih bermakna.
Dengan angka itu, aku mengharapkan akan berlaku sedikit sebanyak perubahan dalam diri.
Aku hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.
Insyaallah :)


Hati pun menginginkan sesuatu sempena hari jadi nih.
Nak macam dekat gambar bawah.
Sepanjang tahun aku nak pakai sampailah tiba hari jadi tahun depan.
Boleh? Hihihi.













P/S : I've grown up! But alhamdulillah sebab muka masih maintain tingkatan 5 lagi. Kihkihkih :p

Monday, July 2, 2012

Kalau Orang Dah Bagi, Kita Terima.

Terima kasih daun keladi.
Terasa sangat terhutang budi.
Semata nak hantarkan cokelat dari Langkawi punya pasal.
Sanggup tengah malam tunggu dekat Bandar Laguna.
Tunggu aku satu rumah datang ambil.
Terima kasih sangat!




Tengok gambar memang tak payah makan nasi seminggu nih.
Makan nih pun dah kenyang.
Dia pun macam tau je aku kempunan gila-gila nak makan cokelat nih.
Hihihihi.


A million thanks to Lob.
Tak pernah ada sesiapa pun sanggup jumpa aku dekat Merbok nih.
Dia je. Dah tuh, hantar cokelat semata-mata.
Boyprenggg den pun tak pernah mai tau dakkkkkkk! (suara ditekankan)
Pffffttttttt.


Banyak betul aku susahkan dia.
Kena tunggu sampai tengah malam nak sampai Sg Petani.
Dengan dia cari tempat tak jumpa. Sesat merata.
Dengan tunggu aku pulak sampai Bandar Laguna lagi.
Maaf lah lambat sampai. Huuu.


Anyway, lepas nih jangan nak berdolak-dalih lagi.
Saya pulak belanja awak ye Lob! ;)
THANKSSSSS!



THAT Is What I Need.

Assalamualaikum w.b.t.


Selamat petang pengunjung blog :)
Dah lama jugak tak ber-blogging balik lepas insiden hari tuh.
Sekarang semua sudah kembali kepada asal.
Alhamdulillah.


Kalau nak diikutkan, lagi beberapa hari je lagi usia aku akan bertambah setahun.
No. Bukan beberapa hari. Tinggal 3 hari je lagi.
Tapi, aku tak terasa nak celebrate pun birthday aku.
Entahlah. Macam ada yang kurang je.
Tak tahu lah tak kena dekat mana.


Mungkin sebab usia yang bakal jangkau angka 20 buatkan aku muak.
Muak dengan sambutan yang sama.
Bukan bermakna aku nak kan sesuatu yang besar.
Aku hanya mahu yang bermakna.
Boleh bagi aku ingat memori tanggal 5 Julai paling bersejarah dalam hidup.
Bukan juga semata mahu hadiah dari rakan taulan.
Cuma sedikit kata ucapan yang indah pun cukup.


Pada aku, asal kau ingat, kau ucap, aku dah cukup bersyukur.
Sekurang-kurangnya ada orang yang masih ingat pada aku.


Kalau ada yang tanya aku nak apa, aku nak kawan.
Kawan yang boleh buat aku senyum gelak sorang-sorang satu hari suntuk tuh :)








P/S : It will be much nicer kalau aku dapat jumpa kawan-kawan lama aku masa birthday aku. Mesti semua pun dah berubah gila-gila.

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday #12

Assalamualaikum w.b.t.

This one is for you.
Kau buka atau tak blog aku, aku peduli apa kan.
Aku nak post jugak.




Aku rasa mungkin ada yang lagi bagus.
Tahniah untuk kau.











"Good to hear that you can find someone else that is much better for you."

Tuesday, June 5, 2012

Hiburan Kala Malam 3

Assalamualaikum w.b.t.


Ikut kata hati aku sekarang macam nih dia rasa...













P/S : Apa semua nih?

Bila Hilang Segala Untung.

Assalamualaikum w.b.t.


Malam nih nak bersenang-lenang lagi.
Nak melayan perasaan sekejap.
Sebelum masuk kampus ibarat penjara berpagar dengan mangga besau. Puih.
Dengan cuti mid term semester depan lagi dua bulan. Puih Puih.
Itu semua bala untuk kepala hotak aku.
Bala jugak untuk hati aku.
Tinggalkan family.
Tinggalkan kawan.
Tinggalkan awak. #eh
I mean, tinggalkan rumah.


SIAPA TAK RINDU GHUMAH WOI?! 


Dekat rumah jugak lah aku boleh buat macam-macam.
Kalau dah masuk kampus, nak keluar duit beli barang sikit pun berkira.
Beli makan minum setiap hari pun macam tuh.
Nak topup pun makin berkira.
Siap pakai kalkulator lagi tuh nak kira bajet topup bulan-bulan.
Boleh jadi botak fikir pasal duit jeeee bila masuk kampus.
Kalau dekat rumah, belanja makan minum mak abah tanggung.
Topup ponggg. Eh, tak. Kengkadang je.
Abah aku pantang mintak topup dekat dia.
Marah betul. Hahahaha.
Tapi pedulik apa. Aku nih je anak dara dia sorang.
Kena layankan jugak lahhhhh :)


Ah!
Lepas nih tak ada dah semua tuh.
Kena fikir dengan rasional bila nak berbelanja.
Tak boleh over spent.
Tak ada dah cakap-cakap kosong nak berjimat.
Tak ada lagi beli bukan-bukan.
Tak ada lagi semua tuh!
Ini sangat menyeksakan jiwa aku.

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday #11

Assalamualaikum w.b.t.


WW yang ke-3 hari nih.
Bosan nak menaip dan aku putuskan nak tunjuk gambar semata.
Rajin letak gambar je. Heeeee.


Gambar nih dari cousin a.k.a  roommate aku dekat kampus.
Intan Rosleza sayanggg. Hihihi.
Dia bagi keychain comel dekat kitorang roommate dia. (Aku, Syieda & Bob)
Thank you Intan sayanggg.
Nanti kitew balik sana, kitew nak claim keychain tuh.
Heeeeeee ^_______^




FYI, aku ada interview Intan mana dia buat keychain tuh.
Dia cakap dia order dekat kawan dia, Atiqah.
So, kalau ada sesiapa yang berminat nak order boleh klik DI SINI.


Aku bagi dia punya Facebook account je senang.
Design memang cantik and macam-macam jenis ada.
Price pun memang affordable lah bagi aku.
But, the price is depends on the design.
Aku pun ada order jugak.
Nak bagi dekat someone. Heeeeeeee :p





P/S : Hopefully orang tuh tak perasan aku nak bagi dekat dia. Hihihihi.

Wordless Wednesday #10

Assalamualaikum w.b.t.


Bawah nih "kegilaan" aku sekarang.
Gila tengok je.
Beli tak mampu.
Satu dua boleh laaaa.
Harap ada orang bagi jeeeeeeeeee!
Huwhuwhuw.













TOLONG BELIKAN AKU SEPASANG PUN JADIK LAHHHH!!!!
*muka sekupang*







P/S : Nak tunggu orang bawak berjalan. Hihihihi.

Wordless Wednesday #9

Assalamualaikum w.b.t.


Buat cinta hati pengarang jantung saya semuaaaaa!
Me love youuuu!
Hihihihi.



Saturday, May 26, 2012

Remaja Macam Aku.

Assalamualaikum w.b.t.


Maaf aku pinta buat semua pengunjung blog. Lama benar aku tak update something new dalam blog aku nih. Sengaja dibiarkan lama. Mungkin aku masih tak boleh terima lagi insiden hari tuh. Ah! Biarkan je lah. Let bygone be bygone bak kata orang putih. Lagipun, aku nak rest-kan diri aku dari menghadap laptop duapuluh-empat-jam-sehari-semalam. Seperti kalian tahu, aku bermata empat. Dan sekarang aku dapat rasa yang mata aku dah mencapai tahap kabur yang kritikal gara-gara menghadap laptop berpanjangan. And now, I've lessen myself from using my laptop. Tapi, laptop adik tak apa kot? Hihihi.


Berbalik kepada title dekat atas nun. Remaja. Dalam Bahasa Inggeris yang aku tahu ialah teenage. Okay. For those yang rasa diri telah terlajak umur dari kalangan remaja (ekhem), please rewind back or flash back all the memories in your past being as a teenager. Ramaja masa zaman sekolah. Dah buat? Good. Sebab apa yang aku akan katakan dari saat ini, korang pun akan sengih sensorang depan laptop. Haaaaaaa. Yang masih dalam lingkungan umur remaja tuh, mesti  adik-adik pun sedang alami. Hehehehe. Eksaited kitew nak citew taw :p





1. Kawan-berkepit-sepanjang-masa-FOREVER
            Dari dulu sampai sekarang aku ingat lagi kawan-kawan lama sekolah aku. Tak kiralah masa kindergarten ke primary ke secondary ke. Aku ingat! Serius weh! Cuma kadang-kadang aku terlupa macam:

"Eh, aku cam muka dia tapi nama apa tah?"
"Dulu orang panggil dia Kiah (nama glamor) kan?" 

            Hihihi. Tak sengaja tuh tau. Biasalah, ingatan nih mula kurang bila dah makin berumur. Ekhem. Dah kalau ada kawan (tak tahulah kot ada yang tak pernah ada kawan. Ada ke?), mesti ada antara mereka yang jadi kawan baik, kawan rapat, rakan, sahabat, kawan-sehidup-semati and so on. Macam tuh jugak lah dengan aku.

            Zaman sekolah, memang dia je dengan aku. Dia itu Atikah. Orangnya manis, mata sepet, suka gelak dan aku pun suka layan dia. Mana ada aku, ada dia jugak. Pergi sekolah, pergi kantin, pergi jamban, pergi koperasi, balik sekolah, pergi CC (dulu tak pasang internet -..-). Kiranya semua tempat kami pergi mesti bersama. Bila tak dek sorang je, mesti ada yang tanya. Including teachers. Bila kami tak jalan sama je, ada je yang cakap:

"Eh, korang gaduh ke?"
"Asal tak jalan dengan Nina/Atie?"

            Yes, until now. Tak tipu okay :) Kadang-kadang tuh, aku pun rasa rimas jugak dengan mulut-mulut orang yang cakap macam tuh. Apa kau orang ingat aku tak boleh berkawan dengan orang lain ke. Meluat tau! Tapi, ada satu insiden dulu bila mana aku rasa diri macam seorang backstabber sedangkan dia baik je dengan aku. Bersalah sangat. Okay tutup cerita T.T


2. Bikin masalah
            Haaaaa. Nih satu hal. Confirm banyak masalahnya yang jadik. Kompem weh kompem! Hahahaha. Tapi aku bukanlah tergolong sangat dalam geng-bikin-masalah. Cumanya, ada jugak berkomplot kengkadang dengan satu kelas. Lagi-lagi bila Form 5. Gila punya komplot.

            Alkisah masa dalam kelas Bahasa Inggeris yang diajar oleh Madam Satwant Kaur (see, aku ingat nama cikgu). Aku suka kelas dia. Faham jugaklah aku dengan bahasa asing nih bila dia yang ajar. But then, ada jugak yang tak suka sebab bosan and malas buat essay. Yes. Aku ponggg! Hihihi. Before kelas dia, masing-masing tanya sesama sendiri dah siap ke tak homework dia. Dan seperti sedia maklum, aku dulu Geng Budak Baik a.k.a GBB (gelaran masa dolu-dolu). Homework dia semua berehhh (kadang-kadang) sebab pun aku suka kelas dia kannn.

            Nak jadik cerita, ramai jugak yang tak buat. Kemain tau budak kelas aku. Kata 5Sc1, tapi kerja sekolah haram tak buat (termasuk aku). Yang buku latihan kosong dari awal tahun sampai habis SPM pun ada. Hahahaha. Cikgu-cikgu lain pun dah cop budak kelas kitorang paling pemalas. One of us suggests that no one will spill out that she has gave us some homework to do. Semua pun buat muka beria. Memang semangat biar pecah di perut jangan pecah di mulut sungguh! Yelah, nak mengelak punya pasal. Otak kena geliga sikit kannn.

            Bila dia masuk kelas tanya "I ada bagi homework yang dalam text book dekat u'olls tak hari tuh?", semua toleh-toleh. Pakat-pakat cakap:

Pelajar berwibawa 1 : "Mana ada homework teacher, teacher tak bagi pun."


Pelajar berwibawa 2 : "Ha'ah teacher! Kitorang tak dapat homework pun."


Pelajar berwibawa 3 : "Tuh lahh. Teacher lupa kot."

Okay. Budak no. 3 tuh memang dah melampau. Engkau yang tak siap homework, engkau kata teacher lupa pulak. Tetiba rasa bersalah sekarang sebab ikut join pakatan tuh. *innocent*


3. Cinta monyet
            Yang nih kalau tak ada, tak sah bagi sesetengah orang. Kan kannn? Tahu sangat :p Tapi, tak semua ada pengalaman cinta monyet nih. Cuma suka-suka gituw jewww. Si A suka Si B dan begitu juga situasinya di mana Si B suka Si A tapi tak pernah terluah perasaan antara diorang.Tapi tuh bukan tergolong dalam cinta monyet jugak ke? Huhu.

            Apa-apa je lah. Kalau kau tanya aku pasal nih, aku rasa biar aku je lah yang tahu. Kitew malu nak citew. Hewhewhew. Dalam malu-malu aku tuh, ada jugak lah aku nak bukak cerita sikit. Sebagai seorang perempuan yang mempunyai kelebihan melihat membaca menginterpretasi body language dan juga language yang lain, aku boleh tahu orang tuh ada hati dekat kita atau tak. Betul tak kaum hawa sekalian alam? Heeee. Lain pulak kalau lelaki. Pandang kita pun idak sedangkan kita duk pulun terhegeh-hegeh dekat dia. Cis.

            Nak dijadikan cerita, Si L nih kawan kepada kawan aku. Dia ada mintak kawan aku tanyakan pasal no telepong aku. Yang kawan aku nih pun buatlah macam yang disuruh. Dalam masa yang sama jugak, kawan aku pun duk cucuk-cucuk aku suruh kawan dulu dengan Si L nih. Si L nih baik lah, hormat perempuan, pandai jaga hati, caring bla bla bla. Kemain tau! Tapi, hakikat yang kau orang tak tahu Si L nih gangster besar sekolah time tuh. Gangster weh! Aku nak berkawan pun rasa awkward. Entah apa yang dia nampak dekat aku yang comot-mot nih sampai suruh kawan aku mintak no telepong bagai. Huuuuu. Kalau ye nak no telepong, be gentleman. Datang mintak sendiri. Aku tak kisah. Sebab aku lagi suka lelaki gentleman macam gituw taw u'olls. Tapi kalau ada yang nak mintak sekarang dah terlambat lahhhh. Hahaha.






Aku bagi yang aku rasa TOP 3 dalam list zaman remaja aku dulu. Kalau nak diikutkan memang nak list-kan semua yang pernah jadi sebahagian daripada kenangan masa sekolah aku dulu. Memang banyak sangat. Aku pun percaya bahawa setiap orang ada kenangan yang berbeza-beza yang boleh buat kita gelak-gelak sensorang bila teringat balik. Sweet kannnnn. Hihihi.













P/S : Sekarang nih dunia makin canggih. Budak sekolah sekarang dah ada sebijik telepong seorang. Dah tuh pakai smartphone. Tak boleh blah. Untunglah korang yang ada telepong canggih cenggitu. Boleh pakai rakam je moment yang best. Bila rindu-rindu, boleh tengok balik. Zaman aku pakai 3310 jeeeeeee -..-


Tuesday, May 8, 2012

Kenali AKU.

Assalamualaikum w.b.t.

Title post tak boleh blah. Hahaha. Aku sendiri pun gelak. Macam nak jual diri pulak dalam nih. Ekhem. Okay. Berbalik kepada topik asal. Susah sebenarnya jadi AKU. Kenapa? Sebab perangai dan sikap aku. Kadang-kadang orang senang nak faham, kadang-kadang ambil masa panjang nak kenal siapa aku. Bukan orang lain je yang tak faham aku, aku sendiri pun kadang-kadang pelik dengan  diri sendiri. Acane pulak tuhhh? -.-




Aku buat post kali nih se-express mungkin. Sebabnya aku copy paste dari sumber lain je. Dekat sini haaaaaaaa Tentang Cinta. Ewahhh. Kau orang mesti ingat pasal cinta cintun kannnn? Bukan lah awak semuaaa. Kitew cari rahsia bulan kelahiran jewww. Hikhik. *tangan ke dada mata ke atas




Aku buat macam nih sebab aku nak orang yang dah kenal aku or baru kenal or tak kenal langsung pasal aku (<----- itu sangat sadis), tahu lah serba sedikit pasal aku even tak kesemua yang tertera dekat situ 100%. Dalam 60% - 70% je. Sebab bukan aku seorang je yang dilahirkan bulan JULAI nih -.-




Nahhhhhh! Baca puas-puas okayyyyyyy!



JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

Psssstttt. Thanks Tentang Cinta :)
Kalau tak, jenuhhhhh pulak aku nak pergi tanya Dato' Dr. Fadzilah Kamsah pasal kajian bulan kelahiran nih. Tak kuasa tauuuuuuu. *tangan ke dada mata ke atas AGAIN

Thursday, April 26, 2012

Ketar.

Assalamualaikum W.B.T.



Nota : Hanya student UiTM Di Hatiku je yang tahu. Kau?


Dengan sukacitanya,
student UiTM hanya boleh melihat keputusan peperiksaan semester lepas pada esok hari.
Iaitu bersamaan Jumaat, 27 April 2012 tepat jam 9.00 pagi.
Good luck buat rakan taulan yang akan bersama-sama mengerah kudrat tengok result esok hari.


Satu je aku nak cakap, aku tak expect banyak dengan result kali nih.
Tawakal. Itu je yang aku fikir sekarang.
Seriously, aku dalam proses hilang segala hope yang masih bersisa sejak dari 1st paper aku ambil.
Sampai dah tak ada apa-apa rasa lagi dalam diri.


Ya. Semua salah aku.
& I've to face the result of my fault.

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #8

Assalamualaikum kawan sekalian.

WW#8 kali nih bertemakan KAWAN.
Terima kasih again to Atikah, Haris and Hazizi.
Terutama sekali Haris! :)
Next time is my turn, okay?
Hihihi.










Nota : Saat romantis bersama mereka yang dipanggil TEMAN :)

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday #7

Ini dijadikan keutamaan.
The mission has start NOW!

.
.
.
.
.


.
.
.
.
.


.
.
.
.
.


.
.
.
.
.


Nota : Sila klik untuk tumbesaran yang memberangsangkan.








P/S : Oleh kerana aku akan menghadapi MUET next semester, I've to get ready from now onward. Sebab aku sendiri tak tahu MALAPETAKA apa lagi yang ada this upcoming semester. Buat sesiapa yang akan menghadapi MUET seperti aku, bolehlah search dekat Google untuk menambahbaikkan English masing-masing. Try to find as many websites as you can because you will gain more knowledge as well as get different exercises from different sources. Good luck :)

Simple & Quick.

Life aku macam biasa.
Tak ada apa yang istimewa pun.
Macam sebelum-sebelum nih jugak.
Sejak dah semester break nih, aku banyak duduk rumah je.
Keluar tak, melepak tak.
Sekali dua je dengan kawan-kawan lama.




Entah.




Dua tiga hari nih rasa kosong sangat.
Nak update apa-apa pun asyik tertangguh je.
Banyak kali bukak account blog, tapi TUTUP TANPA UPDATE.
Aku pun tak tahu apa penyakit aku nih.
Ragu-ragu dengan diri sendiri.




Nak kata aku sakit, tak.
Nak kata aku bosan tahap nak mati sangat, tak jugak.
Nak kata aku ada masalah, entahlah.
Semua orang ada masalah masing-masingkan?
Bukan aku seorang. SEMUA.
Seribu satu macam masalah yang kadang tak terungkap.




Adakala, aku perasan, hati rasa sebak tiba-tiba.
Rasa nak menangis (FYI, aku cengeng)
Rasa nak jerit kuat-kuat.
Tapi aku tak mampu.
Yelah. Tak ke nanti jiran atas bawah tepi kiri kanan pelik aku menjerit?
Kang tak pasal cakap aku gila lepas sambung study.
Jangan buat main, jiran dekat sini celaka sikit.
Fffuuuuuuuuuu!




*calm down*




Sekarang, aku nak cuba hilangkan semua masalah dalam kepala aku.
Aku dah cuba sedaya upaya untuk solve semuanya dengan baik.
InsyaAllah, lepas nih life aku akan jadi lebih baik.
Aku nak buang masalah je.
Tapi, aku akan cari sehabis baik PUNCA MASALAH.
Dan aku nak perbaiki salah silap yang pernah jadi.
Bukan membuta tuli membuang segala-galanya.










P/S : Tadi, Tuan Anuar Shadat ada upload-kan gambar PLKN masa turn kumpulan aku. Tergelak aku sorang-sorang teringat kenangan aku dekat sana. Dan Alhamdulillah, urat gelak aku masih berfungsi.

Friday, April 13, 2012

Hiburan Kala Malam 2

Aku tak nak cerita panjang.
Aku malas menaip.
Video nih nyanyian dari kumpulan indie.
First time aku dengar lagu diorang.
Comel kot. Hihihi.
Macam lagu Spongebob Squarepants pun ada.
Suara diorang pun jelas.
Okay lah.


SELAMAT MENONTON VIDEO DI BAWAH!
:)


Nota : Brainstewz - Twinkle Away. Nice song guys! :)











P/S : Lagu omey ngat ngattt. Rasa macam nak gigit-gigit je! #eh

Thursday, April 12, 2012

When The Insanity Comes.

Entah kenapa dengan aku malam nih.
Mata tak terasa langsung nak lelap.
Sampaikan aku rasa mata nih sakit nak mampus terbuka sepanjang hari nih.
Lagi aku helan (hairan) aku menguap pun tidak. Ciss!
Selalu kalau dalam kelas senang pulak aku menguap.
Tak sampai seminit, ada jugak 50++ kali aku menguap. #auta
Macam-macam cara dah aku cuba untuk bagi mata nih terlelap.
Dari mengemas, cuci muka, basuh kaki & sampaikan aku mengira kambing tahu!



Nota : Happy kambing nih aku tengok. Kau tunggu raya korban nanti!


Fed up mengira kambing, aku end up bukak blog and talk about this.
What theeeeee????? Okay. Lantaklah.
Aku pun dah tak tahu nak buat apa nih.
Silalah kasihankan aku (-..-")





P/S : Petang tadi berlaku gempa dekat tempat aku. Dua kali terasa okay. Hopefully, everything gonna be fine and under control. Ya Allah, jauhkanlah kami dari bencana alam dan segala musibah. Amin.

Tuesday, April 10, 2012

Hiburan Kala Malam 1

Assalamualaikum everyone 


Again.
Hahaha.
Apa? Salah ke aku nak post banyak-banyak dalam sehari?
Tak kannnnnnn?
-. .-


Tapi, kali nih aku nak bagi some sort of entertainment to you guys.
Entertainment = Hiburan (kannnnnn?)
Apa yang buat aku rasa terhibur, aku akan post.
Dan semua tuh aku akan ambil dari macam macam sumber.


Tonight, I want to show a cute video to you.
Memang CUTE! Seriously! *muka paling annoying*
Just watch it and rank the video okay!
Bagi lah berapa bintang pun.
Kalau best, sepuluh bintang ke.
Kalau tak best, satu suku bintang ke.
Ikut apa yang kamu rasa.
So, here is the video :)


Nota : Hi, meet Nina! (actually it refers to the kid & not me *sobs*)
















P/S : So, what do you think about the kid? She's cute right? & her name is Nina.
Sama seperti aku. Suara yang comel, muka yang comel. Memang macam aku. Ngeh ngeh.

Make It To The Fullest!

Assalamualaikum


Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawasanya sudah pun mendapat cuti untuk dua bulan.
Ye. Dua bulan. Mungkin dua bulan lebih sikit.
Oh yeahh (Y)


Sehubungan dengan itu, saya turut ingin memaklumkan kepada semua pelawat blog ini supaya jangan gusar, jangan bimbang, jangan takut-takut datang ke sini lagi.


SILALAH MELAWAT SELALU! (mengampu)


Kerana, blog ini akan ter-update selalu (mungkin).
Bergantung kepada aral yang datang sama ada melintang, menegak, menyipi dan sebagainya.
(kan dah cakap mungkin)
Hal yang demikian, datanglah melawat tak lupa juga follow saya.




Hidup blogging!
Hidup blogging!
Hidup blogging!









Sekian.







P/S : Nak tahu macam mana aku boleh sawan macam gini? Layari twitter hak milik persendirian aku untuk maklumat lanjut seperti yang tertera.

Monday, April 9, 2012

He is The Man.

Kau telah mencuri hatiku.
Kau telah mencairkan hatiku.
Kau telah membina taman di hatiku.
Kau lah segele-gelenye (segala-galanya versi Johan).


I LOVE YOU.
MARRY ME ASAP PLEASEEEEE!
I'M IN LOVE WITH YOU!!!










Nota : Gary oppa, my LOVE <3




Love letter to my only BOY:

Hey boy!

You've made my day. Every time I watched you in Running Man (RM), I knew that you are the only man that can make my life to the fullest! Seriously! Your cute face, cute expression, gestures and eye contacts with Jihyo in RM (even though it hurts me *sobs*), it melts me away. I... I... I love you abang Gary. Eh? Ekekeke :p






Statement aku akan mendatangkan marah semua orang. Dah lah lama tak update blog. Tiba-tiba nak buat kacau bilau pulak kannnnnnn. *tangan ke dada mata ke atas* Btw, HELLO EVERYONE! I'M BACK! :)