Lovely Followers.

Every Seconds Count.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, April 26, 2012

Ketar.

Assalamualaikum W.B.T.



Nota : Hanya student UiTM Di Hatiku je yang tahu. Kau?


Dengan sukacitanya,
student UiTM hanya boleh melihat keputusan peperiksaan semester lepas pada esok hari.
Iaitu bersamaan Jumaat, 27 April 2012 tepat jam 9.00 pagi.
Good luck buat rakan taulan yang akan bersama-sama mengerah kudrat tengok result esok hari.


Satu je aku nak cakap, aku tak expect banyak dengan result kali nih.
Tawakal. Itu je yang aku fikir sekarang.
Seriously, aku dalam proses hilang segala hope yang masih bersisa sejak dari 1st paper aku ambil.
Sampai dah tak ada apa-apa rasa lagi dalam diri.


Ya. Semua salah aku.
& I've to face the result of my fault.

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #8

Assalamualaikum kawan sekalian.

WW#8 kali nih bertemakan KAWAN.
Terima kasih again to Atikah, Haris and Hazizi.
Terutama sekali Haris! :)
Next time is my turn, okay?
Hihihi.










Nota : Saat romantis bersama mereka yang dipanggil TEMAN :)

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday #7

Ini dijadikan keutamaan.
The mission has start NOW!

.
.
.
.
.


.
.
.
.
.


.
.
.
.
.


.
.
.
.
.


Nota : Sila klik untuk tumbesaran yang memberangsangkan.








P/S : Oleh kerana aku akan menghadapi MUET next semester, I've to get ready from now onward. Sebab aku sendiri tak tahu MALAPETAKA apa lagi yang ada this upcoming semester. Buat sesiapa yang akan menghadapi MUET seperti aku, bolehlah search dekat Google untuk menambahbaikkan English masing-masing. Try to find as many websites as you can because you will gain more knowledge as well as get different exercises from different sources. Good luck :)

Simple & Quick.

Life aku macam biasa.
Tak ada apa yang istimewa pun.
Macam sebelum-sebelum nih jugak.
Sejak dah semester break nih, aku banyak duduk rumah je.
Keluar tak, melepak tak.
Sekali dua je dengan kawan-kawan lama.




Entah.




Dua tiga hari nih rasa kosong sangat.
Nak update apa-apa pun asyik tertangguh je.
Banyak kali bukak account blog, tapi TUTUP TANPA UPDATE.
Aku pun tak tahu apa penyakit aku nih.
Ragu-ragu dengan diri sendiri.




Nak kata aku sakit, tak.
Nak kata aku bosan tahap nak mati sangat, tak jugak.
Nak kata aku ada masalah, entahlah.
Semua orang ada masalah masing-masingkan?
Bukan aku seorang. SEMUA.
Seribu satu macam masalah yang kadang tak terungkap.




Adakala, aku perasan, hati rasa sebak tiba-tiba.
Rasa nak menangis (FYI, aku cengeng)
Rasa nak jerit kuat-kuat.
Tapi aku tak mampu.
Yelah. Tak ke nanti jiran atas bawah tepi kiri kanan pelik aku menjerit?
Kang tak pasal cakap aku gila lepas sambung study.
Jangan buat main, jiran dekat sini celaka sikit.
Fffuuuuuuuuuu!




*calm down*




Sekarang, aku nak cuba hilangkan semua masalah dalam kepala aku.
Aku dah cuba sedaya upaya untuk solve semuanya dengan baik.
InsyaAllah, lepas nih life aku akan jadi lebih baik.
Aku nak buang masalah je.
Tapi, aku akan cari sehabis baik PUNCA MASALAH.
Dan aku nak perbaiki salah silap yang pernah jadi.
Bukan membuta tuli membuang segala-galanya.










P/S : Tadi, Tuan Anuar Shadat ada upload-kan gambar PLKN masa turn kumpulan aku. Tergelak aku sorang-sorang teringat kenangan aku dekat sana. Dan Alhamdulillah, urat gelak aku masih berfungsi.

Friday, April 13, 2012

Hiburan Kala Malam 2

Aku tak nak cerita panjang.
Aku malas menaip.
Video nih nyanyian dari kumpulan indie.
First time aku dengar lagu diorang.
Comel kot. Hihihi.
Macam lagu Spongebob Squarepants pun ada.
Suara diorang pun jelas.
Okay lah.


SELAMAT MENONTON VIDEO DI BAWAH!
:)


Nota : Brainstewz - Twinkle Away. Nice song guys! :)











P/S : Lagu omey ngat ngattt. Rasa macam nak gigit-gigit je! #eh

Thursday, April 12, 2012

When The Insanity Comes.

Entah kenapa dengan aku malam nih.
Mata tak terasa langsung nak lelap.
Sampaikan aku rasa mata nih sakit nak mampus terbuka sepanjang hari nih.
Lagi aku helan (hairan) aku menguap pun tidak. Ciss!
Selalu kalau dalam kelas senang pulak aku menguap.
Tak sampai seminit, ada jugak 50++ kali aku menguap. #auta
Macam-macam cara dah aku cuba untuk bagi mata nih terlelap.
Dari mengemas, cuci muka, basuh kaki & sampaikan aku mengira kambing tahu!



Nota : Happy kambing nih aku tengok. Kau tunggu raya korban nanti!


Fed up mengira kambing, aku end up bukak blog and talk about this.
What theeeeee????? Okay. Lantaklah.
Aku pun dah tak tahu nak buat apa nih.
Silalah kasihankan aku (-..-")





P/S : Petang tadi berlaku gempa dekat tempat aku. Dua kali terasa okay. Hopefully, everything gonna be fine and under control. Ya Allah, jauhkanlah kami dari bencana alam dan segala musibah. Amin.

Tuesday, April 10, 2012

Hiburan Kala Malam 1

Assalamualaikum everyone 


Again.
Hahaha.
Apa? Salah ke aku nak post banyak-banyak dalam sehari?
Tak kannnnnnn?
-. .-


Tapi, kali nih aku nak bagi some sort of entertainment to you guys.
Entertainment = Hiburan (kannnnnn?)
Apa yang buat aku rasa terhibur, aku akan post.
Dan semua tuh aku akan ambil dari macam macam sumber.


Tonight, I want to show a cute video to you.
Memang CUTE! Seriously! *muka paling annoying*
Just watch it and rank the video okay!
Bagi lah berapa bintang pun.
Kalau best, sepuluh bintang ke.
Kalau tak best, satu suku bintang ke.
Ikut apa yang kamu rasa.
So, here is the video :)


Nota : Hi, meet Nina! (actually it refers to the kid & not me *sobs*)
















P/S : So, what do you think about the kid? She's cute right? & her name is Nina.
Sama seperti aku. Suara yang comel, muka yang comel. Memang macam aku. Ngeh ngeh.

Make It To The Fullest!

Assalamualaikum


Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawasanya sudah pun mendapat cuti untuk dua bulan.
Ye. Dua bulan. Mungkin dua bulan lebih sikit.
Oh yeahh (Y)


Sehubungan dengan itu, saya turut ingin memaklumkan kepada semua pelawat blog ini supaya jangan gusar, jangan bimbang, jangan takut-takut datang ke sini lagi.


SILALAH MELAWAT SELALU! (mengampu)


Kerana, blog ini akan ter-update selalu (mungkin).
Bergantung kepada aral yang datang sama ada melintang, menegak, menyipi dan sebagainya.
(kan dah cakap mungkin)
Hal yang demikian, datanglah melawat tak lupa juga follow saya.




Hidup blogging!
Hidup blogging!
Hidup blogging!









Sekian.







P/S : Nak tahu macam mana aku boleh sawan macam gini? Layari twitter hak milik persendirian aku untuk maklumat lanjut seperti yang tertera.

Monday, April 9, 2012

He is The Man.

Kau telah mencuri hatiku.
Kau telah mencairkan hatiku.
Kau telah membina taman di hatiku.
Kau lah segele-gelenye (segala-galanya versi Johan).


I LOVE YOU.
MARRY ME ASAP PLEASEEEEE!
I'M IN LOVE WITH YOU!!!










Nota : Gary oppa, my LOVE <3




Love letter to my only BOY:

Hey boy!

You've made my day. Every time I watched you in Running Man (RM), I knew that you are the only man that can make my life to the fullest! Seriously! Your cute face, cute expression, gestures and eye contacts with Jihyo in RM (even though it hurts me *sobs*), it melts me away. I... I... I love you abang Gary. Eh? Ekekeke :p






Statement aku akan mendatangkan marah semua orang. Dah lah lama tak update blog. Tiba-tiba nak buat kacau bilau pulak kannnnnnn. *tangan ke dada mata ke atas* Btw, HELLO EVERYONE! I'M BACK! :)