Lovely Followers.

Every Seconds Count.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, December 22, 2010

Tales During This Semester Break ! - Episode 12

Hellooo semua! Kiniku kembali untuk post entri baru buat kawan kawan semua. Almaklumlah, sebelum sebelum nih entri yang ada banyak pasal contest jee. Contest tuh lah, contest nih lah. Benda lain tak ada sangat. Nak buat macam mana, tangan nih gatal sangat nak join segala contest yang ada. Geram nyahh! Heeeee :) *muka gedik*

Kali nih, Miyu nak bukak cerita apa yang Miyu dah buat baru-baru nih. Ehemm. Memang baru lagi tau! Walaupun dah beberapa hari telah berlalu. Tetap baru okay! Baru hari nih jee terdetik nak menaip dekat blogku tercinta. Ecehh :D


Nak tahu apa Miyu buat? Miyu berjalan jalan dengan kekasih hati Miyu lah. Sangat best tau! Weeee :) Miyu pun ajak best friend Miyu join sekali. Atikah namanya. (nak jugak bagi tahu) Miyu dah lama plan nak keluar dengan buah hati Miyu nih. Last last kami orang pergi hari isnin lepas dekat Mid Valley. Kena plan awal awal sebab sekarang dia tengah sibuk dengan practical. Takut nanti bila plan last minute tak jadik lak. Huuu :( Kami orang plan nak pergi tengok movie sajaa. Cerita apa? Tengok kat bawah nih.


Nota :  Movie Hantu Kak Limah Balik Rumah.


Haa. Tuh dia! Miyu pergi tengok movie Hantu Kak Limah okay! Setelah sekian lama duk terperap dekat rumah jee. Heeeeee :) Memang best gila lah! Dari awal masuk panggung lagi dah gelak sakan. Hikhik. Tapikan, dalam gelak gelak tuh pun Miyu seram sejuk jugak tengok movie tuh. Sebabnya, movie Hantu Kak Limah nih lain macam sikit. Mana tak nya, banyak scene dia orang buat time malam malam. Dalam kepala otak nih dah pikir bukan bukan lah. Terbayang benda tuh, benda nih. Huuuu. (FYI, Miyu penakut sikit nak tengok movie seram even ada komedi dalam dia) Serius Miyu kata, movie nih memang terbaik. Memang pecah perut dibuatnya. Hehe. So, sesiapa yang cadang nak p tengok movie tuh, tengok lah cerita nih okay. Terbaik dari ladang punyerr!

Anyway, kami orang pun pergi lepak lepak makan kejap dekat McD. Duduk dekat situ berjam-jam kot. Sebab kami kami nih memang tak plan nak ke mana pun. Just datang Mid nak tengok movie je. Macam apa jee. HAHA. Nih pun disebabkan Miyu dengan buah hati dah berjalan jalan dekat Times Square sebelum nih. Borong macam macam. So, kali nih keluar memang tak tahu nak ke mana. Huuuu. Tapi tak pe. Miyu dapat lah sembang sembang dengan dia face to face. Romatik kot. Ecehh. Humm, okay lah. Segan pulak nak cerita panjang panjang. Nanti ada masa, Miyu post lagi entri entri buat tatapan kalian semua okay! :)


*tersipu sipu maluu*


P/S : Rasa senang bila berdamping dengan awak :)

2 comments: