Lovely Followers.

Every Seconds Count.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, December 30, 2011

At Last!

Assalamualaikum! 


Sebelum sampai penghujung tahun 2011, aku nak buat something.
Yes! Aku tetap kena buat.
Compulsory!

Aku dah buat blog nih more than a year. Nak masuk dua tahun dah.
Tapi, blog aku tetap macam tuh je.
Header tak dek.
Background buruk nak mampuss.
Motif asal buat blog pun hilang entah ke mana.
Pffftttttt -. .-

This time around, aku tak main-main dah.
Dari semasa ke semasa, kau orang akan nampak perubahan tuh.
PERUBAHAN YANG KETARA. Insyaallah.



Nota : New header babyyyyy! Credit to Syamim Novelis :)












P/S : Nantikan kemunculannya. Ecehhhhhhhh :P

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum! 


Hari Sabtu nih merupakan hari bersejarah bagi warga kampus aku.
Sabtu nih okay. Bersamaan 17 Disember 2011.
Because our Prime Minister will come here!
Kau orang ada?
Hahaha.


From what I know, ramai lagi yang dijemput datang.
I just not sure siapakah dia orang tuh.
So, welcome everyone!
Hihihihi.


Tak percaya?
Nahh! Hambik nih!
:P


Nota : Nak bergambar dengan PM lah. #berangan












P/S : Tiba-tiba kepala nih ligat berfikir nak pakai baju apa bila PM datang nanti. Dah kata nak bergambar sekali ye kan kan kannnnn? Hihihihi.

Sunday, December 11, 2011

Good vs. Bad (2011)

Assalamualaikum bloggers!


Hari nih hari yang cukup bertuah bagi aku. Hihi. Baru bukak blog pagi tadi, tengok tengok dekat shoutbox ternampak satu komen dari Syamim Novelis. Katanya, aku dah boleh tuntut hadiah. Weeeeee~ Happy tawuk! Nak lompat-lompat je rasa. Hihi.


Okay okay. Itu baru aku tunjuk part yang GOOD je. Ada tengok title post kali nih? Haa. Sekarang BAD punya turn pulak. Huuuuu. Sejak dari dua hari lepas, aku nih menghidap sakit apa entah. Aku sendiri confuse okay! Huhu. Belakang badan aku naik macam ruam, tapikan dia merebak dari hari ke hari. Kalau ruam biasa sebelum nih pernah gak jadik beberapa kali. Sebabnya cuaca dekat Kedah nih panas dia lain sikit dari KL. Dekat KL aku mandi sehari sekali pun jarang nak naik ruam. But then, aku mandi sekerap mungkin dekat sini tau. Sebab aku spesies yang senang berpeluh. Bila dah jadik gatal-gatal badan nih, nak jugak aku meraung woi! Kalau dekat rumah nih mesti emak dah belai-belai aku. Tetiba je rindu nak balik rumah. Huuuuu :(


Tak apalah. Aku terima je. Maybe aku nih alergik kot (entah bila aku ada alergik -___-). Sekejap lagi aku nak pergi Unit Kesihatan nak buat pemeriksaan & ambik ubat sekali. Nak tahu laa sakit apa aku nih. Gatal tak hilang-hilang dengan miang bagai. Nasib badan. Huhuhu. Harap-harap tak teruk sangatlah sakit nih. Kangg tak pasal-pasal dapat MC pulak. Kalau boleh nak elak. Sebabnya, lect dah pakat-pakat nak buat quiz sebelum mid sem nih. Adoi! Runsing aku. Anyway, doakan aku ye :)








P/S : Takut nak pergi Unit Kesihatan. Buatnya doktor lelaki je yang ada, takkan aku nak selak baju tunjuk kat dia pulak??? Ahh, sudahhhhhhhh T_______T

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday #4

Assalamualaikum :)



Ini gambar aku tunjuk buat tontonan umum.
Dengarkan luah kata dari benak hati aku.





I make this entry special to my lovely friend, Anis.
Dear, I wanna tell you something.
Apart from being a FRIEND, you are my little angel in my HEART.
We have been through so many things starting from our 1st semester.
We laugh out loud.
We cry.
We share our dreams.
We've planned our future.
We are just like sisters.
Everywhere I go, you will always be by my side.
Even sometimes there is hard time between us.
You still keep calm and make me chill.
Until now, I still remember those days.
I really miss you so much :(



















P/S : Prinsip aku,.. Sekali kawan, sampai bila-bila tetap kawan. I love you <3

Tuesday, November 29, 2011

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum and hello people. 

This is super-duper-AWESOME!

Every one of you will love this too.











Smart tahu! ;)











P/S : Aku tahu kau orang pun rasa amaze kan kann? Gambar nih je dah boleh buat aku sengih-sengih. Hihi. And kenapa haa orang nih kreatif sangat? Jealous -. .-


Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum semua!

Seperti yang tertera pada 'title post'.

Sila perhati gambar ini dengan teliti.

Tengok baik-baik.

& take your time.

I warn you. Hahaha.



















Nota : Klik untuk besarkan gambar. Kalau tak boleh, tengok pakai saiz nih je lah :B














P/S : That kid is so. . . Aaauummmm! Seksi lah! Kannnnn. Meh kiss sikit :-*

Wednesday, November 9, 2011

The Real | Aidiladha

Assalamualaikum 


Sebelum apa-apa, nak tanya dulu. Macam mana Raya Haji kalian semua? Okay ke tidak? Heeee. Mesti best kan. Aku pun meriah sungguh rumah nih haa. Adik beradik emak semua datang rumah time raya hari tuh. Sebab masing-masing dah berjanji nak datang. So, kami sebagai tuan rumah mesti lah kalut mengemas rumah, sediakan makan minum, etc etc.


Huishh. Penat habaq hang! Even 2 family je pun datang, aku rasa dah macam buat kenduri untuk satu batalion punya orang. Mana tak nyer, anak adik mak aku tuh semua nyer kecik-kecik belaka. & aku lah cucu sulung sebelah mak aku. & of course yang tertua lah -.- So, can you guys imagine 4 budak kecik ( 3 anak Pakngah & 1 anak Maksu) umur yang amat sangat jauh beza dengan aku yang tua bangka buat hal masing-masing? Perghh. Sumpah wehh! Aku kalau nak ada anak biar besar sikit anak yang first baru nak dpt anak yang second. Okay. Aku dah start mengarut. Huwhuw -. .-


So, aku dengan malasnya upload gambar je lah buat kalian kalian tengok. Aku tau korang pun bukan rajin baca. Kan kannnnn? :P



Nota : From left-Haris & Naqib. Angry birds tuhhh -.-



Nota : Heyy. Meet Adib. Suke nyeww main Upin aku yeww -. .-

Nota : Okay. Nih Hafia. Aku suka cubit pipi dia. Hihi ^.^


Nota : Hoi hoi! Upin aku! Hampeh sungguh T___T



Agak sayu hati tengok Upin aku diperlakukan macam tuh. Lepas nih kena sorok tempat lain pulak!
Huhuhuhuhuhuhuhu.

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum! 


Dari dulu lagi, I really want to make this picture as my first #WW.
Today, I've made it ;)












P/S : Saya jadi gila tunggu text dari awak okay. Miss you damn much 

Sunday, November 6, 2011

Preparation | Aidiladha

Assalamualaikum 

Kali nih, satu benda je aku nak mintak.
Please lah.
Kali nih je okay (maybe).
Tak mintak bukan-bukan aihhhh.
Sungguh!
Tengok sekejap dekat bawah nih yee.
Bawah nih je :)

 Nota : Ketupat palas made by my nenek. DONE!

 Nota : Ketupat Nasi made by my abah. Also DONE!

Nota : Bahulu gulung. Entah bape gulung tokwan aku beli. Kau ada?

Nota : Haaaa. Nih untuk minum petang sedap lah. Perghhhh!

Nota : Nih lah rupa bahulu gulung tuh. Want some? :P

Nota : Part time job. Memotong je koje aku. Pffttt -. .-

Nota : Siap sudah :)

Nota : Cendawan pun siap.







Nak tahu apa hidangan untuk esok?
So, wait for my next post.
xoxo.





P/S : Even aku tak buat ke semua kerja sehabisnya, penat tetap terasa. Habaq hangg!

Friday, November 4, 2011

Aku Nak. . .

Err. Ehem.

Assalamualaikum.

Aku nak. . .

Humm. Macam mana nak cakap ye.

Actually, aku nak. . . 

Hishhh!

Payah nyer nak cakap.

Okay lah. Aku nak jadik serupa nih.

Okay k idak?

Kome rase?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Credit : Google Image



Aku nak sengih puas-puas.

Biar sampai kembang-kembang hidung aku.

Sebijik cam babun tuh.

Tapi, aku jadik versi yang comel more.

Wuwuwuwuwww~















P/S : Mood Raya Haji dah sampai. Buzy preparing for this upcoming Sunday. Ngupas bawang, potong cili, blablabla. Tak lupa juga ngonline doplohpat jam selagi adik-adik aku tak dek. Lega sikit dorang kaki jalan. Phewww. Eh, lupa pulak. Awak, I miss you. Ngeeeeeeee! 

Thursday, November 3, 2011

Orang Putih Kata, "Nervous".

I've looked around, but I still can't see it.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kurang dari 24 jam.
Berdebar menanti.
Menanti dengan pasti.
Esok bukan lagi mimpi.
Dan hari ini menjadi bukti.
Bukti yang bakal menjadi realiti esok hari.












P/S : Apa yang pasti, esok merupakan Hari-Air-Mata-Darah-Sedunia. TQ.

Monday, October 31, 2011

Best of Luck!

Assalamualaikum. Ehemm 



Hihi. How are you guys today? Hope you guys have a nice Monday. Kalau tanya aku, hari nih mood in love. Itu sebab kasi flying kiss dengan tiba-tiba. Awww <3


I'm such a sweet girl rite? *winkwink*


Anyways, I've something to share with you guys. Kiranya kali nih aku nak buat macam kuiz gituuu. Baru kelasss ye tak? Hahaha. Aku pun dapat dari email. Dan dah lama jugak terperap dalam inbox aku. Sebab aku nak tunggu masa yang sesuai nak share dengan semua orang. Lagipun sekarang aku tengah cuti semester. That's mean, there are many people out there that might having semester break as well. Nak pulak budak-budak sekolah pun ramai je dah habis exam. Haaa! Inilah masa yang paling sesuai. HAHA.
Aku memang annoying. Jangan hiraukan aku. Pfffftttt -. .-


The question that I'll be given is all about Maths. Siapa yang benci Maths, silalah tinggalkan jejak diruangan chat dan close tab terus aku punya blog. Kalau rajin sikit, klik lah nuffnang saya ye awakkk :P Siapa rasa-rasa sanggup menyahut cabaran, sediakan pen ke pensil ke crayon ke arang mak kau nak bakar ikan ke. Tak kisah lah. Yang penting dapat jawab sudah. Jawapan betul salah lain cerita asalkan kau mencuba. Itu semangat yang sangat digalakkan. Okay. Ready? Here the question :)


If you are engineer, you can solve this within 3 minutes;
If you are architecture, you may need 3 hours; 
If you are doctor, you may need 6 hours;
If you are accountant, you may need 3 months; 
If you are lawyer, you may not get the answer forever.

Is it true???

|---+----+----+------+------| 
| 2 | 3 | 4 | 15 | 12 | 
|---+----+----+------+------| 
| 3 | 4 | 5 | 28 | 20 | 
|---+----+----+------+------| 
| 4 | 5 | 6 | 45 | 30 | 
|---+----+----+------+------| 
| 5 | 6 | 7 | 66 | 42 | 
|---+----+----+------+------| 
| 6 | 7 | 8 |  ?  | 56 | 
|---+----+----+------+------|













Apa macam? Do you get the answer? Senang je tuh. Kalau dah dapat jawapan, bolehlah tinggalkan jawapan korang diruangan comment okay :)



























P/S : "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan".


Pepatah nih nak encourage korang if korang tak dapat jawapan, janganlah korang cepat putus asa okay. Aku tahu, tak ramai minat Maths. Tapi, jangan disebabkan tuh korang jadi mudah give up. Aku bagi nasihat nih buat semua orang including aku and especially pelajar sekolah. Sebenarnya, apa yang aku nak sampaikan is not about the question or Maths only (mentang-mentang minat ye). Aku cakap pasal semua benda. Even kau buat benda kecik pun tapi tak dapat dan kau give up, seriously adik-adik ku sekalian you guys will not go anywhere. Itu hanya akan membuatkan korang lagi malas nak berusaha. You must changed that attitude to success in your life. Kalau tak percaya, kau tunggu lagi beberapa tahun dan kau akan nampak.
Trust me. (Mood Dr. Fadzilah Kamsah dah mai pulakk)

Thursday, October 27, 2011

Emosi 2.

.
.
.
.
I think we all just need to learn how to move on.
I think we all just need to learn how to slow down.
I think we all just need to learn how to live a little.
I think we all just need to learn the meaning of forgiveness.
& I guess I think we all just need to learn a lot of things.
.
.
.
.
.




















I wonder why am I still crying right now & it is all because I love you.

Emosi.

Aku percaya tentu kau fikir sejenak kenapa aku terlalu bersifat keanak-anakkan.
& aku juga percaya tentu kau rimas dengan sikap aku yang satu itu.

Aku percaya tentu kau masih ada perasaan ragu-ragu terhadap keikhlasan aku.
& aku juga percaya tentu kau fikir aku punya kekasih gelap dibelakang kau.

Aku percaya kau telah memasang angan-angan kau untuk bersama aku.
& aku juga percaya kau bimbang aku yang bakal memusnahkan segala-galanya.

Aku percaya tentu kau juga sudah masak dengan setiap tingkah laku aku.
& aku juga percaya tentu belum banyak yang kau belajar dari tingkah laku aku.



















Pernah kau terfikir...
bagaimana rasanya jadi aku bila ditemplak dengan kata-kata yang boleh sebakkan hati aku?
Pernah kau terfikir...
bagaimana rasanya jadi aku bila kata-kata itu dihambur berbaur marah?
Pernahkah kau terfikir...
bagaimana rasanya jadi aku bila kau yang mengungkapkannya?















Kalau kau tanya apa mahu aku,
aku jawab, "Aku tak mahu apa-apa dari kau kecuali perhatian terhadap aku.".










P/S : Aku sebak. Aku sedih. Please, take note.

Wednesday, October 26, 2011

Penat Yang Mendatangkan Hasil :)

Assalamualaikum semuaaaaa ^_____^



Senyumam hari nih agak meleboo je dari tadi.
Hiraukan pasal aku sebentar.
Yang aku nak cerita sikit nih ada kaitan dengan apa yang jadik semalam from the beginning I woke up as early as 6.00am sedangkan aku baru je tidur pukul 2.30am gara-gara tak dapat lelapkan mata.
PFFTTTTT! -. .-
Actually, my dad have told me earlier that we'll be going to campus yesterday.
So, aku apa lagi. Mengeluh jugak lah. Jauh tuh tak tahan. Huuuu.
Memandangkan abah susah payah mintak lepas dari kerja hari nih, rasa terharu pulak.
Mana tak nyer, dia sanggup lepaskan tugas dia hari nih demi aku.
Ouch ouch. Nak meleleh pulak air mata nih. Mintak tisu! Tsk tsk!
Dia mintak pelepasan satu hal, dia pulak drive dari KL ke Kedah. Giloo!
Penat weh penat. Kalau aku ada lesen kereta, boleh gak bawak. (berlagak. tuihhh.)
Ya Allah. Serius. Dalam hati aku nih asyik duk kata penat je.
& aku kasihan dengan mak & abah sebab kena tolong aku.
Kalau bukan diaorang siapa lagi yee idok? Huuuu.
Dah dah tuh, sampai kampus around 11.30am. Nampak sangat kelajuannya bapak aku bawak. Eh?
Terus pergi bangunan HEP & hantar borang tuh.
Agak cuak tahu. Puan yang ambil borang aku tuh nampak cengeyy (garang).
Satu satu dia belek kertas yang aku bagi. Ketaq kepala lutut wehh!
Ada lah jugak dia tanya itu ini & aku pun jawab lah. Haha.
Then, dia kata okay. Wohoo! Gembiraaaaaaaa. (sawan)
Turun je dari bangunan tuh, dengan kembang kempis hidung berserta senyuman meleret yang tak henti-henti aku bagitahu abah aku yang Puan 'Cengeyy' terima borang aku. Opss! Heeee.
Everything has settled!
So, apalagi, balik time!
Before that, we stopped by at one restaurant nearby my campus.
Dekat situ makan dia sedap sedap. Dari hari tuh lagi aku nak ajak makan situ.
Apakan daya, tak dek rezeki kot time tuh. Sebab tempat tuh selalu full.
"Isi tangki" masing-masing sampai penuh dulu, baru gerak ke KL dengan senang hati :)
Apa? Kau ingat kereta je kena "isi tangki"? 0.o
Dalam perjalanan nak balik pulak, kejap panas kejap hujan.
Biasa lah tuh. Sekarang kalau dekat KL boleh kira tiap hari hujan petang.
Disebabkan hari nih Deepavali, semalam penuh atas jalan dengan bas ekspress.
Nak balik kampung lah kot :)
Dekat pukul 4.00pm, kami sampai dah sampai KL. Belu sampai rumah lagi tuh.
Abah ajak jalan jalan dulu at Carrefour Sri Petaling. Hikhik.
Beli itu, beli ini. Huargghhh.
Bila nak pergi bayar dekat cashier, aku terperasan macam classmate aku je budak kaunter sebelah nih.
Khusyuk betul dia duk scan barang si pembeli tuh.
Aku panggil pun tak toleh. Ceshh. Jual mahal ke hape? Haha.
Last last, dia toleh sambil buat muka terkejut beruk kat situ.
Wakakakakaka ^. .^
Sambil dia duk scan scan barang, sempat lagi aku bersembang dengan dia.
Potpetpotpet dia cakap. Kikikiki.
Adlina sayang. Kalau kau baca nih jangan marah aku pulak yeeeeee ;)
I know you miss me so much right darling? Weeeeee.
Almost two hours dekat Carrefour, barulah balik rumah tercinta.
Masuk je bilik, mengeluh sakit badan. Huwhuw.
Terus terlentok dekat bantal mushuk aku. Erk?
Apa boleh buat :)

















P/S : Moral of the story, sometimes we need to sacrifice to achieve what we want in our life. Although it is too whacked, we will get the satisfaction later :)

Sunday, October 23, 2011

Stuck in My Little Head.

.
.
.
.
.
.
.

Do you have any idea on how to practice your English become more better?
Rather than keep on searching new words from dictionary and the meaning as well.
Do you?
I've felt like fainting right now. Urghh.
Please. I really need someone helps to get me rid of this problem.
Besides, I will take my MUET next semester.
Oh, it really really really scares me.
I've been haunted by this test since I entered my first semester okay!
Freaking much!
T_________T

Saturday, October 22, 2011

Ending for "Cinta Muka Buku"?

Assalamualaikum everyone :)


Hari nih dah plan with my emak & abah to go out together. But then, both of them still duk mengadap TV dekat depan tuh haaa. Apa yang best sangat TV tuh pun tak tahu lah. Asyik ulang cerita sama je. Alih-alih aku masuk bilik ngadap komputer pulak -____-"


So, today I've decide to share with you guys one famous song which is Cinta Muka Buku by Najwa Latif. Oh, she is such a cute girl. I really adore her :) Have fun listening to her song okay!


Hey Najwa! I love you! Hihihi ;)











BUT, WAIT!!!












Entry nih belum habis lagi okay. Bukan takat tuh je tau. There is one more video that I want to share. Ahah! Video nih boleh bikin kontreversi punyeww. Aku terjumpa video nih pun from one of my friend on FB. First time tengok, aku boleh tengok sekerat je. Cilake punyer line. Slow nak mampus! Grrr. Second time lak, aku tengok dengan my cousin. & guess what? Kami berdua gelak tersengih-sengih (eh, ade ke?). Nak tahu apa yang kami gelakkan? Watch this :)


So, what's your opinion? Funny rite X)



That video is made by Encik Mimpi. You know him? Haa. Kalau tidak jawapan anda, jemput-jemput lah klik link yang ada di sini untuk lebih mengenali tuan empunya suara tuh. Haha. Okay lah. Itu je buat kali nih. Bye guys! :)







P/S : Post post time cuti semester nih memang menampakkan aku banyak enjoy. Oh, well :)

Sunday, October 16, 2011

Jatuh Sakit.

Having a lot of problems give me headache.
Now, I've to face the pain.
I'm really sick of it.
.
.
.
.
.
.
Please go away!

Tuesday, October 11, 2011

lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU

Assalamualaikum


Heyyaa fellas! I'm back! Muehehehehe ^. .^


Hari nih aku just nak update something yang aku baru je jumpa dari satu laman sesawang nih. Aku je laa baru jumpa. Kalian kalian semua yang dah jumpa aku tak tahu lahh. Yee idokk?? Yang pasti ayat dia bagi memang buat aku tertarik gila gila punya. Macam title aku tuh. Itu dari laman sesawang tuh laa. Bukan aku punyer. Ngehh ngehh. Cuba tengok dekat bawah tuh & buat penilaian tentang ayat tuh okay.




A : Maaf, tumpang tanya. Lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye?


B : Encik jalan terus ikut jalan ILAHI, nampak simpang tiga masuk belah kanan, ikut jalan NIKAH, sepanjang jalan tu, akan nampak belah kanan, kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit, iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI. Haa tu tandanya encik berada di jalan betul.






Haaa. Apa macam? Hahaha. Memang meaningful sungguh. Mendalam je maksud dia kan kann? I wish I could follow the pathway like what B have said. Insyaallah :)




Sumber : http://www.cicinta.com/

Friday, October 7, 2011

Hellooooooo!

Well. . .


Hello & Assalamualaikum guys!


Setelah sekian lama menyepikan diri, dengan tiba tiba aku muncul lagi. & yes. Muka tuh menunjukkan betapa eksaited nyer aku dapat buat new entry. Ekekeke ^. .^


Nothing much to say. Aku just nak cakap, aku sangat sangat sihat. Tumbesaran pun meningkat dengan drastiknya. Entah berapa berat aku sekarang nih pun aku tak tahu. Bila nak mintak dua kupang dekat abah nak pergi timbang dekat shopping mall tuh pun kedekut. Boleh buat dekk je dengan anak dara dia seorang nih. Cehhhh. Dua kupang jewwww T____T


Oh, lupa nak bagi tahu. It's semester break now & I've got back in KL yaww! Sayang kau KL. Sejuuukkkk je sejak sejak aku balik nih. Macam tau je aku nak balik. Rindu aku ye KL ye? Alolorhhh. Kecian nyeww dieww kena tinggal sensowang yeewww. Anyonyonyoo. *annoying*


Okay okay. Sorry. Aku tahu sangat menyampah bila aku cakap macam tuh. & aku dapat rasakan hilang muka legend aku selama nih bila buat benda tak semenggah macam tuh. Btw, aku baru sampai KL hari rabu hari tuh even aku dah habis final paper on Monday. & sebabkan tuh aku sangat sangat pissed off! Mau tercabut kepala-hotak aku nih duk dekat kampus lama lama. Bukan aku sengaja nak balik lambat or abah tercinta datang ambik aku lambat. Atas beberapa masalah teknikal, aku kena postponed & family aku kena tinggal dekat Kedah for about two days. Mujurlah ada ramai sedara dekat sana. Boleh menyinggah tidur sehari dua. Hahaha.


Cerita pulak pasal final. Aku tak tahu apa nak jadik dengan final aku semester nih. Everything is not going so well. Apa aku hafal aku lupa, apa aku baca aku tak ingat. Macam orang yang lost their memories tahu?! Arghh! Sangat fed up. Itu pasal aku suruh abah aku datang awal. Seriously, aku memang tak tahan dengan semester nih. Give up je memanjang. & lots of bad things happened to me that I shouldn't write it here. But, one thing that I still keep in my mind that is "kun- fayakun" (I'm sorry if I write it wrongly). Bak kata aku sendiri, apa nak jadi tuh jadilah. Sebab aku dapat rasa semuanya dah terbalas balik sekarang lepas aku dapat tahu yang aku diterima untuk satu tawaran nih. Even hanya disebabkan satu tawaran nih je dah boleh buat aku lupakan masalah masalah aku sebelum nih. Memang aku betul betul berharap nak dapat. Aku bersyukur sangat. Alhamdulillah :)


For this whole semester break, I've planned with my someone to go out together as well as a few of my friends. Aku memang nak enjoy sakan this holidays. Tapi, still tidak melampaui batas batas yang ada lahh. Heeee. Macam kata seorang economist terkenal, "fully utilised your time till it reach maximum!".
*Actually, aku yang buat kata tuh. Economists-Wanna-Be! Bahahaha :P


Jadi, itu lah kisah aku selama tak post apa apa entry for almost one month++. Lagi kisah lepas nih. & now, it's time to have tea time guys. Dengan cuaca mendung mendung, elok sangat kalau pekena teh tarik buatan mak sendiri. Fyi, aku akan menjadi seorang monster bila balik rumah. Koje makan jeee. RAWRR! Muehehehe! *gelak monster*





Till then! Byebye ;)

Saturday, August 27, 2011

Even if I Die, I Can't Let You Go.

Assalamualaikum


*Sila ignore title tuhhh.*


Heyya fellas. Hari nih entah kenapa tiba-tiba datang mood nak ber-blog nih. Sebelum nih, kena tunggu sampai ada orang sumpah seranah dalam blog aku baru nak update. Muehehehe. Jangan nak sumpah sangat lah braderr. Blog nih blog aku okay. Kau tuh koje duk menyibuk-nak-stalk-stalk aku punyer lak. Pffttt (-. .-"


Aku baru terdengar satu lagu nih. Lagu raya okay! Even dengar macam bukan lagu raya tapi setelah dibelek-belek liriknya, lagu tuh memang lagu raya. Hikhik. It is a song from a singer that really inspired everyone after listening to her songs. She's Yuna. Yes, Yuna. Aku betul-betul salute dia lah kawan. Sebabnya, she is not a major singer in Malaysia but she can still creates songs with very beautiful melodies and lyrics (aku memang pandai mengampu). Sampai sekarang dia boleh survive dalam industri musik Malaysia nih bro. So, aku nak share sikit lagu yang aku baru dengar pagi tadi je. PAGI TADI OKAY. Padahal lagu tuh tahun lepas lagi dah ada. Aku je laggard bab-bab nih. Sorry Sis Yuna (-. .-"



Nota: Dengan ini, saya tujukan lagu nih khas buat buah hati seorang. Ngehh ngehh (^. .^


Sudah dengar? Alright. Sekarang aku betul-betul dalam mood raya. Nak kemas baju balik Pahang. Kbai!






P/S : Tahun nih aku betul-betul hangin. Tak dapat shopping raya dengan buah hati. Apa nih?! Kasi spoil mood raya pulak. Huhh! Cuti hari raya pun sekejap. Ciss. Memang hangin sungguh aku. Anyway, siapa tahun nih beraya dekat Pahang, please wave your hand! *me waving*

Wednesday, July 20, 2011

Forget to Wish? Huhh.

Assalamualaikum readers 

I have one request to all of you (buat yang membaca entri ini lah). I'm hoping that you can make it sincerely for me. Can haa? Or can not haa? You can laaa. I know you can mehhh. Malaysia can, you also can! PEHLIISSSHHH!

*Okay. I know this is annoying*







Alright. No more talking nonsense Miyu. I just want all of you to sing! Yes! What song? This song & I know that you've got talent to sing this song. Sing it guys!
.
.
.
.
.


Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Cutie Miyuuuuu!
Happy birthday to youuuuuu!

GREAT!

   Teeheeeeeee~



Actually, my birthday is on 5th July. As I did not have time to update my blog, so, I take this chance to post about it. Really hope that this upcoming years will be full with awesomeness stuff happen in my life. May Allah bless me. Aminn :) 



P/S : I'm already 19 guys! Sweet! I'm looked younger than ever. Ngehh ngehh xD

Tuesday, July 19, 2011

Hati kata, "Sabar".

Assalamualaikum 


Sebelum keyboard nih menjadi mangsa sebagai tempat meluahkan perasaan, ada benda yang ingin diberitahu. Mungkin kalian yang pernah bertandang ke mari pernah terbaca entri yang berkaitan dengan luahan isi hati baru baru ini. Entri tuh sudah pun dipadam atas sebab-sebab yang telah dipertimbangkan awal lagi. Nak elak dari menjadi buah mulut orang kelak. Kenapa? Kerana tak mahu keadaan menjadi semakin keruh. Fullstop.


Video di bawah betul betul memahami entri yang di-post kali nih. Harap sudi mendengar.

 
 Nota : Thanks to Youtube & also Goliath for making such beautiful song.

Setiap bait bait lagu memang punya maksud sendiri. Apa lagi yang perlu dikatakan. Segala yang tersirat sudah pun tersurat. Syukur. Bersyukur sangat sangat keadaan kembali seperti dulu. Tapi, halangan yang bakal ditempuh siapa yang tahu bukan? Hanya Allah Maha Mengetahui. Cukuplah sekadar itu sahaja yang mampu dikatakan. Kbye.



P/S : Macam penulis-penulis lagu selalu cakap, lagu yang dicipta atau digubah selalunya berdasarkan pengalaman lampau seseorang itu ataupun persekitarannya yang membuatkan penulis lagu mencipta lagu sedemikian.

Saturday, June 4, 2011

New Semester.

Assalamualaikum!


Hellooooooooo JUNE! Today is already 4th of June & I am so damn excited. Wohoo! Nih semua gara-gara semangat masuk sem baru in Merbok, Kedah. Almaklumlah, dah lama duduk dekat rumah je memanjang, excited lah pulak nak masuk sem baru kan kann? Heeee :D

Nak cerita sikit pasal 1st week aku dekat sini. Macam macam ada lah awokk. Lebih-lebih lagi dengan ada nyer junior baru yang tak serupa macam junior. Cess cess! Kau orang buat tahi ye dengan aku? HOI! Mentang mentang lah aku nih comey lotey, kau berani nak buat tahi. Haaakkkkttuuuuiiihhh! Haishh. Panas hati lah. Dah lah. Malas nak cakap pasal junior bagai. Aku ingat junior yang baru masuk manners lah sikit dengan orang lain. But then, sikit haprakk pun tarak! Haiyoo (-__-"


Nota : Hey junior. Beware of me!

Okay lah. Dalam 1st week nih jugak lah aku kenal dengan beberapa orang kawan baru okay! Weeee~ Mana tak nyer. Dulu aku duduk kolej kediaman sebelah depan punyeewww. Sekarang, belakang punyeewww pulak. Kata staff, nak bagi junior-junior duduk depan lah konon. Elehhh. Kalau aku tahu, sikit pun aku tak nak berganjak dari bilik lama aku tuh bagi kat budak-budak nih. Perangai macam apa entah. Huhuhuhuhu.



Nota : Kalau lah hostel aku cenggini. Pergh! Memang tak lah wehh. Nampak benoo nipunyeewww.

Dalam 1st week nih jugak, banyak kali kot kelas asyik cancel je. Dah lah bilik jauh kemain. Nak berjalan ke kelas mau mengidap semput sekejap tengah jalan tuh. Macam hujung Kutub Utara dengan hujung Kutub Selatan tahu! Gila aku fikir pasal jarak bilik aku ke kelas. Dah lah setiap subject lain-lain tempat. Kalau macam sekolah tak pe lah. Kalau dah duduk kelas tuh, sampai hujung tahun kelas tuh jugak walaupun subject lain-lain. Aku memang nak masuk sekolah balik lah. Anyone wants to join me? (o_0

Okay lah. Rasa nyer, sampai sini je dulu entry kali nih. Tak berapa ada mood sangat nak update actually. Line dekat sini teramat sangat lah slow. Tension kepala nih haa. Haihh. Kalau ada masa lagi, I will update my blog okay! Tataa~







P/S : Kadang-kadang ada krisis sikit dengan orang lain pun boleh sampai jadik gaduh besar kan? & one thing yang boleh aku ambil iktibar is I should think rationally without taking any action first. Once you do that, I am really sure it will change everything. Trust me :)

Thursday, May 19, 2011

Kurussssss

Assalamualaikum! 


Gosh. Alhamdulillah. Today is 19th of May and I stil have time to enjoy myself in KL. Well, it has been too long since the last time I got back in March. Lama gila kan? Sedih :(

Tengok tajuk entry macam aku kurus sangat. Haha. Padahal tak pun tau. It just title okay. Nih semua gara-gara emak aku lah. Dia nak turunkan sikit berat badan dia. & of course me also want to join! Mesti okay. Nak kuwuuuuusssss :D

Then, emak ajak lah pergi jog dekat satu taman nih. Aku tak tahu lah apa nama taman tuh dekat Bandar Tun Razak. Maybe, Taman Bandar Tun Razak lah kot? Hmmmmmm. So, yang menjadi mangsa keadaan ialah abah. Dia yang kena bawa kami orang pergi and dia terpaksa join the club jugak lah. Heeeeeeeeeee.

Nota : This is me. Main buai saiz budak -__-"


Nota : Okay. This is my mom :)



Nota : Nih lah taman yang Miyu cakap. Nyaman~







P/S : Nak kurus pun kena berpada-pada jugak. Yang penting jaga kesihatan okay. Kalau setakat kurus tapi kau banyak penyakit baik tak payah kan? Renung-renungkan. . .